Lihat Bagaimana Lelaki Ini Buat Gangguan S3ksual Dengan Menunjukan ‘Bebird’nya. Macam Tu Pon Bole

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Buat Gangguan S3ksual Dengan Menunjukan ‘Bebird’nya. Macam Tu Pon Bole

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Buat Gangguan S3ksual Dengan Menunjukan ‘Bebird’nya. Macam Tu Pon Bole

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Buat Gangguan S3ksual Dengan Menunjukan ‘Bebird’nya. Macam Tu Pon Bole
Lihat Bagaimana Lelaki Ini Buat Gangguan S3ksual Dengan Menunjukan ‘Bebird’nya. Macam Tu Pon Bole

Macam ni pon dok ada….

Seorang lelaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang customer wanita di sebuah kedai serbaneka shopping mall Ampang Point,Kuala Lumpur dengan menayang ‘bebird’ dia kepada seorang perempuan, mangsa terus melarikan ke cashier sebaik beliau pusing & nampak kelakuan lelaki tersebut”
Kredit : Shalina Alyynz

ARTIKEL MENARIK: Kita Rasa Hidup Kita Cukup Susah Tetapi Keluarga Ini Mengharungi Ujian Lebih Berat.Semoga Mereka Tabah Dan Dipermudahkan..






6 Penjawat Awam Dibuang Kerja Ekoran Gangguan Seksual. Bagaimana Tangani Gangguan Seksual?


Terdapat lima jenis gangguan seksual di tempat kerja iaitu secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata dalam tempoh antara 2015 hingga 2017, sebanyak 47 kes gangguan seksual dilaporkan yang melibatkan penjawat awam
“Hukuman tertib terhadap pesalah telah diambil antaranya 20 amaran dikeluarkan, 4 dikenakan denda, 9 ditangguh pergerakan gaji, 6 turun gaji, 1 turun pangkat dan 6 telah dibuang kerja.
“Kita dengar maklum balas daripada pegawai-pegawai kerajaan bahawa mereka sememangnya tidak tahu mengenai garis panduan ini apabila berdepan dengan gangguan,” katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff di Dewan Rakyat.
673c

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh

Namun begitu, jumlah kes kurang dilaporkan untuk sektor swasta berbanding sektor awam dan ianya berpunca daripada kurang kesedaran daripada mangsa.
“Bagi sektor swasta pula, jumlah kes yang telah dilaporkan ke Kementerian Sumber Manusia dan agensinya tahun ini sehingga Jun adalah 15 kes di mana 13 daripadanya telah selesai dan bakinya masih dalam tindakan. Laporan kes-kes ini rendah kerana kod amalan ini sebenarnya tidak diwajibkan di syarikat-syarikat swasta dan disebabkan itu ramai tidak sedar hak mereka,” katanya.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata, kementerian akan mengadakan lebih banyak kempen untuk mendidik pegawai kerajaan bagi mengetahui hak mereka.
“Kadang-kadang kalau mangsa adalah pegawai yang bekerja di bawah pesalah laku tersebut, mereka akan merasa takut. Sebab itu, kempen-kempen kesedaran dan mendidik ini perlu diadakan supaya mereka tahu hak masing-masing dan garis panduan yang ada,” tambahnya lagi.
28ce


Rata-rata pekerja di negara kita ini tidak mengetahui dan menyedari hak masing-masing apabila berdepan dengan gangguan seksual di tempat kerja


Apakah maksud gangguan seksual?


Gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta. Ia meliputi sentuhan, cubit-cubitan, komen mengenai rupa badan seseorang, persiulan, pujuk rayu yang berterusan untuk keluar bersama atau untuk hubungan intim, ataupun pemaparan gambar lucah. Gangguan seksual juga boleh berbentuk ugutan, misalannya pernyataan yang mengenakan syarat berbentuk seksual atas keadaan di tempat kerja, samada penentuan gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Gangguan seksual di tempat kerja terbahagi kepada beberapa bentuk menurut Kod Amalan.

Antara bentuk-bentuk gangguan seksual adalah gangguan:


1. secara lisan,
2. secara isyarat,
3. secara visual,
4. secara psikologi, dan
5. gangguan secara fizikal.

Bcc5

Gangguan secara lisan merujuk kepada kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual. Contohnya, pengganggu seksual sering memuji mangsa dengan menyatakan mangsa mempunyai tubuh badan yang cantik dan pengganggu tersebut mengaku bahawa dia tergoda.


01d5


Gangguan seksual juga boleh berlaku secara isyarat ataupun bukan lisan. Ia seperti pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda,

isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang berterusan. Contohnya, si pengganggu seksual akan sentiasa memandang mangsa sehinggakan mangsa berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut.

18b7

Gangguan seksual secara visual pula adalah seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual dan mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

Contohnya si pengganggu menghantar mesej-mesej, video-video ataupun gambarnya sendiri yang berunsur lucah ke telefon pintar mangsa. Hal tersebut mengakibatkan mangsa berasa tidak selamat dan mengganggu ketenteraman mangsa.

Fc84


Gangguan secara psikologi seperti mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima dan memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

Pengganggu akan terus merayu untuk keluar bersama sehingga mencapai apa yang di mahukan dan akhirnya jika mangsa sudah tiada alasan untuk menolak pelawaan tersebut perkara yang lebih buruk dan tidak diingini mungkin akan terjadi seperti mangsa berkemungkinan akan dicabul.

E609

Gangguan seksual yang terakhir adalah gangguan secara fizikal. Gangguan fizikal merupakan gangguan yang paling meninggalkan kesan terhadap mangsa. Antara jenis-jenis gangguan fizikal adalah sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda mengalami gangguan seksual di tempat kerja?


Anda perlu memaklumkan kepada pelaku tersebut bahawa anda mahu tingkah laku tersebut dihentikan kerana perkara tersebut akan menjejaskan keselamatan fizikal anda atau tugas anda.

1131

Jika permintaan lisan tidak berkesan, anda boleh menulis memo terhadap pelaku tersebut dengan meminta beliau berhenti melakukan gangguan seksual ke atas diri anda. Anda juga boleh memberitahu orang lain yang mempunyai kedudukan yang lebih berkuasa dan boleh percayai.


Anda juga boleh membuat aduan kepada majikan atau kesatuan anda dengan menggunakan prosedur yang betul dan segera melaporkan sebarang kejadian gangguan.

Majikan juga perlu melayan proses aduan sebagai sulit, walaupun pengganggu dan saksi yang berpotensi perlu dihubungi dalam penyiasatan. Ia juga merupakan idea yang baik untuk mendokumentasikan gangguan dan prestasi kerja anda.

0e48


Tiada undang-undang khusus berkenaan gangguan seksual namun Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah memperkenalkan Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999 sebagai panduan untuk mencegahnya di tempat kerja

Seseorang pekerja boleh memfailkan aduan gangguan seksual terhadap majikan. Majikan juga boleh memfailkan aduan gangguan seksual terhadap pekerja. Apabila menerima aduan, majikan dikehendaki untuk menyiasat aduan itu mengikut cara yang ditetapkan.

1bf1

Majikan boleh menolak untuk menyiasat aduan jika aduan gangguan seksual sebelum ini telah disiasat dan tiada gangguan seksual telah terbukti atau jika majikan berpendapat bahawa aduan itu adalah remeh dan menyusahkan.

Manakala, jika pengadu tidak berpuas hati dengan keengganan majikan untuk menyiasat akan aduan tersebut, pengadu boleh merujuk kes itu kepada Ketua Pengarah Kementerian Sumber Manusia. Ketua Pengarah boleh membuat keputusan untuk menyiasat pengaduan itu dan mengarahkan majikan untuk menjalankan apa-apa siasatan.
Ketua Pengarah juga boleh bersetuju dengan keputusan majikan untuk tidak menjalankan apa-apa siasatan. Jika aduan gangguan seksual difailkan terhadap majikan, Ketua Pengarah boleh menyiasat aduan itu mengikut cara yang ditetapkan.
Cfc3

Hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh Ketua Pengarah berkenaan aduan gangguan seksual terhadap majikan di mana gangguan telah terbukti, pengadu boleh menamatkan kontrak perkhidmatannya tanpa notis.


Walau bagaimanapun, dalam hal yang sedemikian, pekerja atau pengadu berhak untuk mendapatkan notis penamatan gaji, faedah penamatan dan ganti rugi.

Majikan yang gagal untuk menyiasat aduan gangguan seksual adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000.

0382

Peruntukan di dalam Kanun Keseksaan juga boleh dirujuk. Contohnya, Seksyen 509 Kanun yang telah menyatakan bahawa barangsiapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat

atau menunjukkan apa-apa benda dengan maksud supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau menggangu kesantunan seseorang itu, hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Sumber: Gajimu.my dan Blog Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

sumber Says kredit video MyTASEK GELUGOR

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post