Kenduri Kahwin Zulin Aziz Tiada Pengantin Lelaki Untuk Bersanding. Zulin Aziz Perjelaskan Perkara Sebenar Tentang Majlis Itu

Kenduri Kahwin Zulin Aziz Tiada Pengantin Lelaki Untuk Bersanding. Zulin Aziz Perjelaskan Perkara Sebenar Tentang Majlis Itu

Kenduri Kahwin Zulin Aziz Tiada Pengantin Lelaki Untuk Bersanding. Zulin Aziz Perjelaskan Perkara Sebenar Tentang Majlis Itu

Kenduri Kahwin Zulin Aziz Tiada Pengantin Lelaki Untuk Bersanding. Zulin Aziz Perjelaskan Perkara Sebenar Tentang Majlis Itu
Kenduri Kahwin Zulin Aziz Tiada Pengantin Lelaki Untuk Bersanding. Zulin Aziz Perjelaskan Perkara Sebenar Tentang Majlis Itu

PELAKON Zulin Aziz mendedahkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28, berkata dia enggan berkongsi punca perpisahan mereka kerana perkara itu terlalu peribadi.

ARTIKEL MENARIK: Pelakon Indonesia Ini Dedahkan Perkara Yang Kurang Menyenangkan Tentang Pesawat Lion Air Yang Sama. Memang Tak Sangka


Menurutnya, dia terpaksa menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.
“Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya… tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi.
“Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat-penat tu untuk apa? Saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.
Zulin mendedahkan perkara tersebut menerusi laman sosialnya.


“Saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan sekarang dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain,” katanya.
Bekas penyampai radio Suria FM ini mendedahkan perkara itu menerusi laman Instagramnya dan turut memuat naik foto ketika dia membuat persiapan kahwin.
Zulin turut menegaskan apa yang terjadi bukan gimik untuk mencari publisiti murahan kerana sebelum ini dia pernah berkongsi mengenai perancangan untuk berkahwin.
“Untuk apalah saya nak buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya. Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.
Zulin berterima kasih kepada peminat yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuknya.
“Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.
“Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia,” katanya.
Zulin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya.
Sebelum ini, Zulin pernah memberitahu dia sedang membuat persiapan untuk berkahwin namun merahsiakan identiti kekasihnya. SUMBER : MSTAR ONLINE

Kisah Sebenar Di Sebalik Video Majlis Akad Nikah Zulin Aziz

“INI bukan majlis perkahwinan saya. Ia hanya penggambaran muzik video lagu Dan Ketika Itu iaitu lagu untuk majlis nikah yang sepatutnya berlangsung baru-baru ini namun dibatalkan,” kata pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengenai gambar persiapan majlis kahwin yang dimuat naik di Instagram, semalam.
Gambar dan keterangan yang dimuat naik seolah-olah memberi gambaran bekas penyampai radio itu bakal bernikah pagi hari ini.
Bagaimanapun, Zulin, 28, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz ketika dihubungi menafikan ia gimik kerana pembatalan perkahwinan sudah dijelaskan sebelum ini.
“Lagu ini sudah lama disiapkan dan sepatutnya menjadi kejutan pada hari bahagia saya, namun bukan jodoh saya apabila segala dirancang punah dan impian untuk bergelar raja sehari tidak kesampaian.
“Alang-alang lagu sudah ada, jadi saya ambil keputusan untuk siapkan muzik video. Menerusi muzik video ini, saya realisasikan segala impian sebelum ini. Tak dapat kahwin betul, kahwin dalam muzik video pun jadilah.
“Jalan cerita memaparkan pengalaman saya dan diselitkan mesej positif. Saya berharap peminat dan orang ramai tidak salah faham. Ini kerana, saya sudah jelaskan perkahwinan ini memang sudah dibatalkan,” katanya kepada Harian Metro.

ANTARA tweet yang dimuat naik Zulin di Twitter. FOTO Twitter Zulin Aziz
Zulin berkata, pembikinan muzik video itu adalah coretan peribadinya yang sengaja diabadikan sebagai kenangan dalam bentuk visual.
“Sejujurnya, saya berasa sedih untuk menjayakan muzik video ini. Disebabkan itu, saya tidak panggil keluarga bersama hanya membabitkan rakan terdekat saja.
“Biarlah muzik video ini menjadi noktah atas apa yang berlaku. Saya tidak mahu ingat dan ungkit kisah yang sudah berlaku.
“Menerusi muzik video ini, saya ingin peminat dan orang ramai tahu selain boleh jadikan ia inspirasi untuk ‘move on’ dalam kehidupan,” katanya.
Dalam masa sama, Zulin berkata dia turut mengubah lirik lagu itu bagi disesuaikan dengan situasi sekarang.
“Lagu ini tidak akan diterbitkan sebagai single. Ia hanya boleh ditonton di saluran YouTube bermula 3 November ini.
“Saya juga ambil pendekatan ubah sedikit lirik pada bahagian korus iaitu ‘Dalam tahajud kau temukan aku dengan dirinya, ku harap jodohku selamanya’ ditukar kepada ‘Dalam tahajud ku minta padamu, temukan aku dengan jodohku’.
“Jadi, lagu ini boleh dipakai oleh orang lain yang senasib saya. Ini kerana, ramai yang mesej dan meluahkan perkara sama. Dalam erti kata lain, saya ingin lagu ini jadi inspirasi buat semua. Kalau apa yang diimpikan tidak menjadi, jangan terus putus asa atau lemah semangat. Banyakkan berdoa,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE Via KL Viral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post