Kenapa Tak Pakai Tangki Oksigen Semasa Operasi Selam? Ini Jawapan Ketua Pengarah Bomba

Kenapa Tak Pakai Tangki Oksigen Semasa Operasi Selam? Ini Jawapan Ketua Pengarah Bomba

Kenapa Tak Pakai Tangki Oksigen Semasa Operasi Selam? Ini Jawapan Ketua Pengarah Bomba

Kenapa Tak Pakai Tangki Oksigen Semasa Operasi Selam? Ini Jawapan Ketua Pengarah Bomba
Kenapa Tak Pakai Tangki Oksigen Semasa Operasi Selam? Ini Jawapan Ketua Pengarah Bomba

Kematian enam anggota bomba dari Unit Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor serentak dalam satu operasi menyelamat seorang pelajar lemas di lombong Putra Perdana, Puchong dua hari lalu membuat Malaysia berduka.

Dikhabarkan semua balai bomba seluruh Malaysia sudah mendapat keizinan dari Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia untuk menurunkan separuh tiang sebagai tanda berkabung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad.

ARTIKEL MENARIK: Mahligai Impian Buat Hal Lagi. Esok Nak Kenduri, Hari Ni Tutup Syarikat


Semalam, jenazah lima anggota bomba iaitu Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Adnan Othman, Muhammad Hifdzul Malik bin Saari dan Mazlan Omarbaki sudah selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Mohd Fatah dikebumikan di Kampung Baru Beserah, Kuantan, Izatul Akma di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan, Mazlan di Taman Ria, Tawau, Adnan di Lukut Port Dickson dan Muhammad Hifdzul dibawa balik ke Kampung Kubang Terap, Pasir Mas, Kelantan.






Jenazah allahyarham Mazlan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tawau, Sabah.

Jenazah selamat dikebumikan sebelah malam


Keluarga allahyarham Yahya menabur bunga di pusaranya.



Sumber Bomba memaklumkan, pagi ini, jenazah seorang lagi anggota bomba yang berasal dari Kampung Tian, Matu, Mukah iaitu Yahya bin Ali yang masih bujang (ketika berita ini ditulis) masih dalam perjalanan menuju ke kampung halamannya.


Ini kerana penerbangan membawa jenazahnya hanya ada pagi ini iaitu jam 8.30 pagi tadi. 

Difahamkan, selepas tiba di lapangan terbang, van yang membawa jenazahnya perlu menempuh perjalanan darat sejauh dua jam lagi sebelum perlu dibawa menaiki feri kerana lokasinya agak pendalaman.

Berita kematian serentak ini merupakan satu tragedi sejak penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Di sebalik ramai yang hiba, ada juga pelbagai versi timbul termasuk ada yang bertanya mengapa semasa operasi menyelamat ini kesemua anggota tidak memakai tangki oksigen?.

Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Mohammad Adnan memberikan penjelasan tentang selam skuba tanpa tangki oksigen


Bagi menjelaskan isu ini, Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Mohammad Hamdan bin Haji Wahid berkata, berdasarkan siasatan awal bomba kesemua anggota ini sudah mematuhi sop yang digunakan pakai.

Tinjauan dari permukaan sahaja

“Mereka tidak memakai tangki oksigen seperti selam skuba kerana ketika kejadian, anggota baru hendak melakukan teknik surface (tinjauan dari permukaan sahaja). Kedalaman air dianggarkan paras dada sahaja.

“Tak timbul cakap-cakap kenapa tak pakai topeng oksigen kerana kesemua baru hendak melakukan teknik selam di permukaan. Tapi saya difahamkan, seorang dari anggota tergelincir ketika memijak batu dan tertarik rakan yang lain.

Usaha menyelamat cuba dilakukan tetapi gagal kerana anggota sudah terbelit antara satu sama lain kerana terdapat pusaran air di bawah empangan tersebut.

“Sebab itulah timbul video yang viral ini melihat sebahagian anggota bomba terkapai-kapai di dalam air,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu Mohammad Hamdan turut menjelaskan isu menyelam di waktu malam kerana menurutnya anggota kebiasaannya akan mengikut peraturan ditetapkan.

“Kita tak pernah tetapkan waktu malam sebagai tidak boleh menyelamatkan. Jika kita merasakan perlu dilakukan, kita akan lakukan. Tapi dengan kejadian sebegini, kita akan menambahbaik peraturan demi keselamatan anggota bertugas.

Jadi pada para netizen yang bertanya kenapa tak pakai tangki oksigen, mungkin dah fahamkan kenapa hal ini berlaku. Doalah yang baik-baik dan cakap yang baik-baik kerana berdasarkan hadis, orang yang lemas adalah mati syahid.

Semoga Allah mengampuni dosa dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

video


sumber Remaja

video kredit Muhammad Rizzuwan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post