“Kalau Aku Cam Muka Kau Dekat Luar…” – Penuggang Motosikal Buat Hal, Sharnaaz Ahmad Naik Hantu!

“Kalau Aku Cam Muka Kau Dekat Luar…” – Penuggang Motosikal Buat Hal, Sharnaaz Ahmad Naik Hantu!

Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa marah dan kesal terhadap tindakan seorang penunggang motosikal yang memukul pekerja stesen minyak yang melakukan kesilapan kecil baru-baru ini.

“Kalau Aku Cam Muka Kau Dekat Luar…” – Penuggang Motosikal Buat Hal, Sharnaaz Ahmad Naik Hantu!
“Kalau Aku Cam Muka Kau Dekat Luar…” – Penuggang Motosikal Buat Hal, Sharnaaz Ahmad Naik Hantu!

Video rakaman insiden berkenaan telah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pekerja stesen minyak berkenaan telah tersalah mengisi jenis petrol yang dimahukan oleh penunggang motosikal tersebut.

Sharnaaz tampil meluahkan perasaannya mengenai kejadian itu menerusi status di akaun Twitter miliknya.

ARTIKEL MENARIK: Pakai Baju Seksi Dan Jarang, Sengaja Undang Fitnah – Scha Al Yahya Dikritik Netizen


“Insya-Allah penunggang motosikal ini akan dihadapkan ke muka pengadilan, tapi kalau aku cam muka kau dekat luar, aku pasti akan mulakan dengan ‘bismillah’ dan akhiri dengan ‘sadaqallah hullazim”, tulis Sharnaaz

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Sharnaaz dan berharap agar individu yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan hukuman secepat mungkin.




Dalam pada itu, Sharnaaz turut menyeru kepada penunggang motosikal lain agar sentiasa menghormati orang dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Sumber: Gempak






Mangsa belasahan trauma [METROTV]


“SAMPAI hati mereka pukul anak saudara saya disebabkan perkara kecil sebegini,” kata ibu saudara kepada pekerja kaunter stesen minyak Petronas di Sungkai yang dipukul dan dibaling objek dan klip video kejadian itu tular di laman sosial sejak semalam.

Wanita yang enggan dikenali itu marah dan kesal dengan tindakan sekumpulan pemuda samseng memukul anak saudaranya itu.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa bukan sahaja trauma malah tidak keluar rumah selepas kejadian terutama selepas kejadian itu tular di laman sosial.

“Anak saudara saya yang saya kenali seorang pemalu. Dia anak pertama daripada tujuh beradik dan bekerja di stesen minyak itu bagi membantu keluarga kerana ramai adiknya yang masih bersekolah.

“Apalah salahnya kalau anak saudara saya tersilap tekan jenis minyak yang dikehendaki mereka itu, mereka boleh ke kaunter semula membetulkan dengan cara baik bukannya dengan bertindak kasar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita kejadian itu dan kini sudah menjadi viral di laman sosial serta masih tidak dapat menerima kenyataan berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Wanita itu berkata, kini anak saudaranya mengurung diri di rumah kerana trauma dan malu berdepan orang ramai terutama sejak kejadian itu viral.

Wanita itu berharap pihak polis mengambil tindakan tegas kepada pihak terbabit sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya tidak bertindak sesuka hati memukul orang atas sebab perkara yang boleh diselesaikan secara baik.

Klip video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis stesen minyak itu menunjukkan mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang memakai topi keledar dari dalam stesen berkenaan sebelum mangsa dipukul hingga terjatuh dan dibaling objek, jam 12.45 tengah hari 6 Oktober lalu.
Mangsa kemudian dibawa masuk semula ke dalam premis sambil diekori kumpulan terbabit.
Menurut laporan polis yang turut tular, mangsa yang tinggal di Kampung Changkat Sulaiman mendakwa, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabkan dia diberikan RON95.

Berdasarkan laporan itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf namun tidak diendahkan lalu kumpulan lelaki berkenaan menarik mangsa keluar dan seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa dan mangsa membuat laporan polis mendakwa mengalami kesakitan di beberapa anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan polis sudah merakam dua percakapan berhubung kes berkenaan, 8 Oktober lalu.

Setakat ini kes dilkasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemilik akaun laman Facebook yang menggunakan nama Aboy Anis yang dipercayai meminta rakan laman sosial menyebarkan video berkenaan.

Lebih menyedihkan dia menulis mangsa bekerja di stesen minyak Petronas itu untuk menyara hidup adik-adiknya dan kini trauma untuk bekerja.

Sumber: HMetro



Kredit :  V i R a L M a N i A
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post