Jangan Terkejar-kejar Gelaran Datuk Macam Ahli BN Dahulu – Lim

Jangan Terkejar-kejar Gelaran Datuk Macam Ahli BN Dahulu – Lim

DAP perlu mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan tidak mengejar pingat dan darjah kebesaran seperti pemimpin pentadbian BN dahulu, maklum Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng hari ini.

Jangan Terkejar-kejar Gelaran Datuk Macam Ahli BN Dahulu – Lim
Jangan Terkejar-kejar Gelaran Datuk Macam Ahli BN Dahulu – Lim

“DAP tidak mahu dilihat kita menjadi macam BN dulu di mana ada banyak terkejar-kejar nak cari (pingat) Datuk.

“Saya tak jadi Datuk tapi saya telah jadi pemimpin DAP selama ini. Itu mesej yang kita nak sampaikan.

ARTIKEL MENARIK: 'Air paip selamat untuk terus diminum' - Menteri


“Kalau kita nak jadi ahli politik wakil rakyat yang berjaya, yang penting ialah kita mesti beri perkhidmatan kepada rakyat.

“Kami amat menghargai pingat yang diberikan tapi saya rasa yang penting adalah perkhidmatan kepada rakyat dan jangan kita beri apa-apa gambaran yang dahulu nak rebut untuk pingat.

Pemimpin DAP Sabah ambil pingat

“Saya tak akan sebut lagi. Budaya DAP mesti dikekalkan ini mesej saya kita mesti kekal budaya nilai kita khidmat untuk rakyat, jangan jadi pemimpin MCA, penghargaan rakyat adalah lebih penting,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Isu mengenai DAP menolak pingat dan darjah kebesaran tercetus minggu lalu selepas ADUN di Melaka dan Sabah menerima pingat Datuk.

Semalam, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menegur penerimaan pingat tersebut membangkitkan sebab yang sama diutarakan Lim hari ini.

Loke berkata anggota DAP boleh menerima penganugerahan pingat dan darjah kebesaran selepas bersara daripada perkhidmatan.


Bagaimanapun, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong yang merupakan salah seorang wakil rakyat DAP yang menerima pingat itu dilaporkan FMT enggan memohon maaf kepada parti.

Ketika ditanya jika kenyataan beliau merujuk kepada DAP Sabah, Lim berkata ia ditujukan kepada semua anggota parti.


Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post