Parlimen yang bersidang esok dijangka akan membahaskan usul ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York baru-baru ini.
Ini nasib yang bakal menimpa MB BN Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar , dalam Parlimen Hari Ini |
Menurut kertas Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah akan membentangkan usul kerajaan menyokong ucapan Mahathir dan meluluskannya supaya menjadi kerangka hala tuju dasar luar negara.
ARTIKEL MENARIK: Selepas Anwar menang besar di Port Dickson. Anwar terus menelefon Dr Mahathir. Ini kata2 Dr Mahathir ke atas kemenangan beliau
“Menteri Luar Negeri akan mencadangkan bahawa ucapan perdana menteri di Perhimpunan Agung PBB telah menggariskan antara lain kedudukan dan dasar luar negara yang berteraskan prinsip-prinsip seperti tidak berpihak kepada mana-mana kuasa, berkecuali dan mengamalkan falsafah “memakmurkan jiran” (prosper-thy-neighbour).”
“Memutuskan supaya ucapan perdana menteri di Perhimpunan Agung PBB dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia Baru,” maklum kertas berkenaan.
Usul itu memaklumkan Mahathir ketika berucap pada 28 September lalu memaklumkan pendirian berkecuali negara, disamping pendirian terhadap Palestin, nasib Rohingya di Myanmar serta perang dagang antara Amerika Syarikat dan China.
Usul ini berada di senarai teratas aturan mesyuarat dan disusuli usul pentadbiran mengenai dana kerajaan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan satu lagi terhadap MP BN oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Dewan Rakyat yang bersidang kali kedua tahun ini juga akan menyaksikan majlis angkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Anggota Parlimen baru Port Dickson.
Usul pada MB BN dari Kinabatangan
Mengenai usul terhadap MP BN, ditujukan khusus buat Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin behubung kenyataan yang dibuat pada sidang Dewan Rakyat lalu.
Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan carutan yang diucapkan oleh anggota parlimen itu di Dewan Rakyat 7 Ogos lalu ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018.
Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu yang dikenali dengan kenyataan kontroversial, mencarut “f*** you” dua kali selepas Willie Mongin (HARAPAN- Puncak Borneo) mencelah.
Episod kekecohan berkenaan bermula sewaktu Bung Moktar bangkit mencelah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang baharu memulakan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018.
Beliau menjelaskan mengenai harga barangan di Pasar Borong Selayang yang menurutnya lebih murah sewaktu dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum diganggu Willie Mongin (HARAPAN-Puncak Borneo) yang bertanya “bukan kasino ke?”.
Bung Moktar yang tidak berpuas hati dengan soalan berkenaan meminta Willie menarik balik kenyataannya serta menyifatkan beliau tidak layak untuk berada di dalam Dewan Rakyat.
“Biadap. Ini kurang ajar, tarik balik, Yang Berhormat tidak layak duduk sini, samseng. What you want? You nak gaduh dengan saya? f*** you! Kau salah orang,” katanya.
Bung Moktar sudah menarik balik kenyataannya, namun menerima surat amaran terakhir daripada Speaker Datuk Mohamad Ariff Yusof.
sumber: malaysiakini Via Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment