Ini jumlah ikat jamin yang perlu dibayar, buat Rosmah terkedu..memang banyak!

Ini jumlah ikat jamin yang perlu dibayar, buat Rosmah terkedu..memang banyak!

Rosmah kena 17 pertuduhan ubah wang dan gagal isytihar pendapatan

Ini jumlah ikat jamin yang perlu dibayar, buat Rosmah terkedu..memang banyak!
Ini jumlah ikat jamin yang perlu dibayar, buat Rosmah terkedu..memang banyak!

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dikenakan 17 pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram serta tidak mengisytiharkan pendapatan di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 Kuala Lumpur.

12 pertuduhan berhubung transaksi hasil daripada aktiviti haram di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

ARTIKEL MENARIK: Luahan Sayu Yana Najib Selepas Ibunya Ditahan SPRM


Lima lagi pertuduhan berkaitan kegagalan Rosmah untuk membuat penyata bagi tahun taksiran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti mana tertakluk di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kesemua pertuduhan ke atas beliau dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi, dan Rosmah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Ketua Pendakwaraya Datuk Seri Gopal Sri Ram kemudiannya meminta agar ikat jamin ditetapkan RM10 juta berserta dua syarat tambahan iaitu Rosmah harus menyerahkan pasport miliknya, dan mahkamah perlu melarang beliau dari berjumpa dengan mana-mana saksi pendakwaraya.

Peguambela Datuk Geethan Vincent Ram membantah cadangan itu, kerana ia bertentangan dengan prinsip ikat jamin, iaitu bagi memastikan kehadiran tertuduh sepanjang tempoh pembicaraan.

Beliau berkata, anak guamnya sudah pun dikenakan larangan ke luar negara sejak Mei lepas, dan Rosmah sentiasa patuh kepada mana mana arahan sama ada untuk memberi keterangan, atau dipanggil bicara mahkamah.

Namun cadangan Geethan agar ikat jamin ditetapkan pada RM250,000 ditolak Azura.

Hakim menetapkan kadar ikat jamin pada kadar RM2 juta dengan dua penjamin, dan beliau turut membenarkan agar Rosmah membayar RM500,000 hari ini, manakala bakinya dibayar sebelum atau pada 11 Oktober depan.

Azura turut menetapkan 8 Nov sebagai tarikh sebutan kes.

Terdahulu Rosmah tiba kira-kira pukul 8:28 pagi sambil memakai tudung berwarna oren, kelihatan tenang ketika masuk ke pekarangan kompleks mahkamah ini.


Datin Seri Rosmah Mansor sudah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8:28 pagi. @501Awani @FirdausAzil pic.twitter.com/ljFPlrpubo
— Dania Zainuddin AWANI (@Dania_Zainuddin) October 4, 2018


Masih belum terbukti 17 pertuduhan ke atas Rosmah berkait 1MDB – Peguam Rosmah


KUALA LUMPUR: Kesemua tuduhan yang dikenakan ke atas Datin Seri Rosmah Mansor masih belum dibuktikan ada kena mengena dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad, kata peguamnya Datuk K Kumaraendran.

Katanya lagi, ia berbeza dengan laporan media yang sebelum ini mengatakan kesemua pertuduhan ke atas isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan syarikat itu.

Beliau berkata, kesemua 17 pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi hari ini langsung tidak menyebut 1MDB.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Datuk Geethan Ram Vincent berkata, dakwaan bahawa Rosmah cuba mempengaruhi saksi pendakwaraya tidak berasas sama sekali.


Beliau merujuk kepada syarat kedua ikat jamin yang ditetapkan Ketua Pendakwaraya Datuk Seri Gopal Sri Ram, iaitu Rosmah tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi.

“Satu laporan polis dibuat mendakwa Datin Seri Rosmah ada berjumpa dengan saksi. 

Bagaimanapun laporan itu baru dikemukakan hari ini, tiada siasatan dijalankan, dan ia sama sekali tidak berasas,” katanya kepada sidang media.

Ujarnya lagi, perbicaraan ini merupakan peluang terbaik untuk Rosmah bersihkan namanya.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post