Identiti 6 bomba maut di Puchong Perdana dikenalpasti

Identiti 6 bomba maut di Puchong Perdana dikenalpasti

Enam orang pegawai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa di lombong Taman Putra Perdana, Selangor malam tadi.

Identiti 6 bomba maut di Puchong Perdana dikenalpasti
Identiti 6 bomba maut di Puchong Perdana dikenalpasti

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua anggota berkenaan itu dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras.

Kesemua mayat berjaya ditemukan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

ARTIKEL MENARIK: Gu nung Ber api Soputan Pula Meletus Di Sulawesi. Dunia Semakin Tua!


Keenam-enam anggota bomba berkenaan sebelum itu dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan pada jam 5.50 petang tadi.

Walau bagaimanapun, mangsa lemas iaitu orang awam belum dijumpai.

Berikut adalah nama anggota bomba yang terkorban:


1)Mohd Fatah Hashim, 34

2)Izatul Akma Wan Ibrahim, 32

3)Mazlan Omarbaki, 25

4)Yahya Ali, 24

5)Adnan Othman, 33

6)Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25

ARTIKAL BERKAITAN : 
TERKINI. Enam Bomba Maut Ketika Selamatkan Remaja Lemas

Kredit : Wowbeita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post