Semalam, viral mengenai sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh salah sebuah klinik perubatan di Terengganu tentang insiden seorang bayi yang berusia 5 bulan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana jari tangannya telah pun mati.
Gara-gara terlilit benang, jari bayi 5 bulan bertukar hitam dan terpaksa dipotong |
Menurut doktor yang bertugas di klinik tersebut, Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman, sehari sebelum hari kejadian, bayi tersebut telah dijemput dari rumah pengasuh oleh kedua ibu bapanya.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, bayi tersebut telah pun siap dimandikan dan lengkap berpakaian tidur itu juga dipakaikan sarung tangan ketika diambil.
ARTIKEL MENARIK: Susulan Gempa Bumi Di Indonesia, Sabah Dalam Pemerhatian Tsunami
Keesokan harinya, ketika mahu memandikan anak mereka itu, pasangan tersebut terkejut apabila mendapati jari tangan anak mereka itu telah menjadi kehitaman.
Risau sekiranya perkara yang lebih serius terjadi, bayi malang itu dihantar ke sebuah klinik berhampiran sebelum dikejarkan ke hospital.
Pemeriksaan doktor mendapati jari anak mereka itu sudah mati dan dijangka akan dibedah dalam masa yang terdekat untuk membuang bahagian yang telah rosak.
Menurut doktor, insiden tersebut adalah berpunca daripada benang yang tidak sengaja telah terlilit pada jari anaknya itu sehingga menyebabkan sel-sel pada bahagian tersebut mati. Penyakit ini dikenali sebagai Hair Torniquet Syndrome.
Pada akhir entri perkongsian tersebut, Dr Ahmed juga menyarankan kepada semua ibu bapa di luar sana agar memeriksa jari bayi sekiranya dipakaikan sarung tangan ataupun sarung kaki.
Sumber : FB Klinik Perubatan Ikram, Gong Badak
Post a Comment