Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang arak

Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang arak

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial, seorang juruwang enggan memegang botol arak ketika sesi pembayaran dibuat di kaunter sebuah kedai serbaneka di Johor Bharu.

Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang arak
Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang arak

Tindakan juruwang itu menimbulkan rasa tidak senang kepada pembeli arak berkenaan.

Dengan alasan ianya haram dan dalam keadaan berwuduk, juruwang yang merupakan seorang gadis Melayu itu menolak untuk memegang botol arak tersebut.

ARTIKEL MENARIK: “Mereka Akan Menerima Balasan Di Akhirat,” Mujahid Ulangi Kenyataannya Diputar Belit


Kerana keengganannya itu ia menyebabkan transaksi pembelian tidak dapat dilakukan dan telah menyebabkan lelaki tersebut berang.


“Dia boleh cakap macam ini ke,” petik perbualan lelaki berkenaan tatkala memberitahu kepada seorang juruwang lain.

Juruwang itu kemudiannya mengambil alih peranan, dan menyelesaikan insiden di kaunter berkenaan.

Lelaki itu akhirnya dilihat, selesai membuat pembayaran dan berkata, “Saya maafkan awak, kerana juruwang ini”.


Tindakan gadis ini bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Antaranya daripada Kamar Salimon, yang berkata, “Tahniah pada adik tu kerana berpegang kuat dengan agama, moga dapat kerja yang lebih baik,”.

Sementara itu Azlan Hamzah pula berkata, “Cari kerja lain la dik yang tak terlibat dengan benda-benda haram.”

Kredit : Wowberita
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post