Budak Lelaki 6 Tahun Merayau Berseorangan Selama 48 Jam Di Lebuh Raya Selepas Ibubapanya Terbunuh Akibat Kereta Terbabas…

Budak Lelaki 6 Tahun Merayau Berseorangan Selama 48 Jam Di Lebuh Raya Selepas Ibubapanya Terbunuh Akibat Kereta Terbabas…

Brasilia: Budak lelaki berusia enam tahun merayau berseorangan tanpa disedari di pinggir lebuh raya sibuk selama 48 jam selepas keluarganya maut dalam nahas ketika pulang daripada sambutan hari jadi ibunya.

Budak Lelaki 6 Tahun Merayau Berseorangan Selama 48 Jam Di Lebuh Raya Selepas Ibubapanya Terbunuh Akibat Kereta Terbabas…
Budak Lelaki 6 Tahun Merayau Berseorangan Selama 48 Jam Di Lebuh Raya Selepas Ibubapanya Terbunuh Akibat Kereta Terbabas…

Gambar menyayat hati menunjukkan Benjamin Monare duduk di tepi lebuh raya dengan diselimuti baju sejuk besar sewaktu diselamatkan oleh pemandu yang menemuinya, lapor Daily Mirror.

Benjamin satu-satunya terselamat dalam nahas berkenaan mengalami penyahhidratan teruk malah begitu trauma dengan kejadian terbabit sehingga tidak dapat bercakap.

ARTIKEL MENARIK: Ingatkan tengah tidur, rupanya sudah mati dalam kereta


Malah dia mulanya sukar ingat nama atau usianya sendiri.

Mayat bapanya, Alessandro, 37, ibu, Belkis, 35, serta abangnya Samuel, lapan, ditemui dalam kereta yang terbabas dalam parit di tepi lebuh raya di Minas Gerais.

Media melaporkan, keluarga terbabit baru pulang daripada percutian selama empat hari sempena sambutan hari jadi Belkis, pagi Ahad lalu.

Benjamin dipercayai turut terperangkap dalam kereta itu tetapi berjaya keluar dan memanjat sisi parit ke bahu jalan.


Dia ditemui pagi Selasa lapor portal tempatan

Siasatan awal menunjukkan kereta dinaiki keluarga malang itu dirempuh kenderaan lain di sisinya menyebabkannya terbabas. Kenderaan kedua itu masih belum dikesan.

Kereta itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana terlindung di sebalik belukar walaupun lebuh raya itu agak sibuk.

Kredit : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post