KEEGOAN bintang seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor ditundukkan selepas dia tewas dengan petarung Rusia, Khabib Nurmagomedov dalam kejohanan UFC 229, sebentar tadi.
Bila Ronaldo Berjumpa Dengan Khabib Dan Ronaldo Mengucapkan Sesuatu Yang Buat Khabib Tersenyum |
Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi ‘submission’ (kuncian) ‘rear naked choke’ pada minit 3.03 pusingan keempat.
ARTIKEL MENARIK: “Agama Adalah Nombor 1, Bukan Sukan”, Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan Kerana Mahu Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan
Kedua-dua petarung berusia 30 tahun itu memberi saingan hebat antara satu sama lain, meskipun Khabib dilihat lebih mendominasi pertarungan tersebut.
McGregor juga kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga apabila pertarungan dibawa ke ‘ground’.
Pada pusingan keempat, Khabib mencari peluang untuk menghabiskan pertarungan, dan berjaya menjatuhkan McGregor serta membuat kuncian leher dari belakang, seterusnya memaksa petarung Ireland itu menyerah kalah.
Namun, pergaduhan tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor.
Namun, pergaduhan tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor.
Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor.
Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.
Khabib kini mempunyai rekod kemenangan 27-0.
Bagi McGregor pula, ini merupakan pertarungan MMA pertamanya di Octagon selepas hampir dua tahun tidak beraksi.
Kejohanan UFC 229 ini merupakan kejohanan terbesar dalam sejarah UFC, yang mungkin mampu mencatat kutipan AS$2 juta dalam tontonan ‘pay-per-view’.
Kali terakhir McGregor beraksi dalam UFC adalah ketika menentang Eddie Alvarez pada November 2016.
Pertarungan itu menyaksikan McGregor menundukkan Alvarez pada pusingan kedua menerusi pukulan ‘technical knockout’ (TKO).
Dia seterusnya menjadi petarung UFC pertama yang memegang dua tali pinggang dalam masa yang sama.
Sebelum ini, McGregor pernah bertarung dengan Floyd Mayweather dalam acara tinju professional pada Ogos 2017, namun tewas di tangan petinju Amerika Syarikat tersebut.
McGregor ditewaskan menerusi keputusan TKO pada pusingan ke-10. SUMBER : Astro Awani
INILAH SEBAB TELINGA KHABIB ‘PELIK’. TELINGA YANG SANGAT ‘DIGERUNI’
Tahniah diucapkan pada Khabib Nurmagomedov dari Dagestan kerana kemenangan besarnya ke atas Conor McGragor yang dikenali bermulut lancang! Kebiadapan McGragor sebelum ini memang menyakitkan hati, dari mengucapkan “assalamualaikum” sambil menghulurkan wisky kepada Khabib penuh angkuh kerana mahu melakukan provokasi agama hingga memanggil Khabib sebagai “terrorist” hanya kerana beliau seorang muslim.
Khabib hanya menahan diri dengan segala ejekan dan provokasi sehinggalah hari ini beliau melepaskan segala kegeramannya kepada McGragor di dalam gelanggang dengan membelasahnya agak teruk dengan kemahiran gustinya sehingga tak terkata McGragor. Akhirnya McGragor menyerah kalah apabila dikunci lehernya sehingga tidak mampu melepaskan diri.
Selepas kemenangan, Khabib sedikit hilang kawalan dengan menyerang konco-konco McGragor di luar gelanggang yang saya pasti kerana beliau diprovoksi agama atau provokasi rasis. McGragor yang “kerana mulut badan binasa” hanya mampu terjelepok diam menyaksikan “kegarangan” Khabib sorang-sorang menyerbu gengnya! Aksi berani mati Khabib pada akhir perlawanan tersebut mengingatkan saya pada sahabat-sahabat Dagestan saya dahulu di Madinah yang juga rata-rata berhati kering sepertinya.
Saya sering bersama mereka, menyaksikan pergaduhan mereka, malah pergi haji bersama menaiki lori Kamaz sambil dikejar polis. Terkadang saya juga akan cuba bergusti dengan mereka ketika mengulangkaji malam periksa di masjid universiti. Mereka ini hidup di bukit-bukit banjaran Kaukasus yang memang dikenali sebagai bangsa perang dan gagah.
Gusti merupakan permainan asasi sejak dari kecil. Kalau dilihat pada telinga kanan Khabib seakan telah tercobek. Di sana, pemilik telinga sedemikian memang digeruni kerana menggambarkan empunya badan seorang kaki gusti sehingga tercobek telinga. Khabib yang merupakan sahabat pada sahabat baik saya Gazi Magomedov, seorang “fighter” UFC yang tidak pernah terkalah setakat ini dengan rekod kemenangan 27-0.
Khabib juga seorang muslim yang baik dan cuba menjadi ikon muslim yang baik kepada dunia. Sahabat saya Gazi selalu bercerita tentang beliau. Dikala para fighter sepertinya ramai yang bersikap liar, beliau pula menjaga kelakuan dan lisannya, serta sering melaungkan “alhamdulillah” pada setiap kemenangan atau sidang medianya, dan sering menyuarakan Islam sebagai keutamaannya berbanding sukan semata-mata.
Atas alasan ini, beliau menjadi mangsa “boo”, dikecam dan dicemuh ramai di barat. Apapun, kami bangga dengan kemenangan bergaya juara bertahan: Khabib Nurmagomedov!
Memandangkan harini kita meriah sembang bab kemenangan Khabib, nak share medical knowledge pulak pasal kondisi biasa fighter2 ni.
Kalau korang perasan, most fighter dalam dunia ni akan ada telinga bengkak macam ni. Dalam perubatan kita panggil sebagai Cauliflower Ear atau boxer ear. Kesan akibat blunt trauma direct pada telinga. .Ianya terjadi disebabkan pendarahan (hematoma) dibawah kulit. Kalau telinga dibahagian perichondrium.
Ianya biasa bersifat kekal, irreversible. Tapi kalau diubati awal dengan drainange darah dan antibiotik boleh elakkan ianya menjadi bentuk kecacatan kekal. So kalau tengok orang ada telinga macam ni jangan hairan, 99% dari mereka pasti adalah boxer, fighter, wrestler, orang rugby atau seangkatan dengannya. So jangan bikin kacau dengan mereka.
– Tulisan Mohd Nor Hafiz Suratman –
Alhamdulillah.Kemenangan kali ini oleh Khabib adalah kemenangan yang bermakna bagi umat Islam. Rata-rata umat Islam marah dengan provokasi yang dilakukan oleh Mcgregor. Namun Allah membantu hambanya yang benar. Sesungguhnya kekuatan ini bukan terletak pada diri,tetapi daripada Allah.Itulah yang berjaya ditunjukkan Khabib kepada kita semua semasa berlawan.
Kredit : KLviral
Post a Comment