MEMPHIS – AMERIKA SYARIKAT. Dua sahabat baik berdepan pertuduhan rogol selepas seorang daripada mereka didakwa merakam perbuatan rakannya memperkosa bayi perempuan berusia sembilan bulan.
![]() |
Bila Perangai Manusia Lebih Teruk Dari Binatang.Seorang Remaja Ditangkap Kerana Perkosa Bayi 9 Bulan.. |
Isiah Dequan Hayes, 19, didakwa merogol bayi perempuan tersebut manakala rakannya, Daireus Jumara Ice, 22, pula didakwa merakam perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
ARTIKEL MENARIK: Remaja 14 tahun dibunuh kerana berwajah ‘jambu’
Kedua-dua tertuduh dari Memphis Tenn didakwa pada Selasa.
Perbuatan kedua-dua tertuduh terbongkar apabila ibu mangsa menjumpai video rakaman insiden tersebut pada 2016 dan mengenal pasti identiti mereka.
Hayes berdepan tuduhan rogol kanak-kanak yang serius sementara Ice didakwa bertanggungjawab secara kriminal atas tindakan rakannya semasa memperkosa bayi malang itu.
Kedua-duanya ditahan di Penjara Shelby County dan tidak dibenarkan ikat jamin. – Metro.co.uk
Kredit : Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment