Beliau Patutnya Terima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Tapi Kena Tarik Balik. Ini Sebabnya Kenapa
Beliau Patutnya Terima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Tapi Kena Tarik Balik. Ini Sebabnya Kenapa |
MELAKA TENGAH – Hasrat Timbalan Speaker Dun, Datuk Dr Wong Fort Pin untuk memulangkan darjah kebesaran yang diterima tidak perlu dijadikan sebagai isu perkauman.
*video sekadar hiasan. Artikel penuh di bawah
Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Norhizam Hassan Baktee, berkata, masyarakat perlu menghormati pendirian itu kerana selama ini partinya bekerja tanpa mengira kaum dan kedudukan.
ARTIKEL MENARIK: Nakal Betul Najib Bila Perli Menteri Pendidikan Tentang Cara Nak Bentuk Pelajar Cemerlang. Kelakar Habis
“Seperti kami, dan apa yang saya lakukan, saya membantu pesawah dan petani di Sungai Rambai yang merupakan orang Melayu, begitu juga bantuan lain oleh kaum Cina dan India.
“Tidak sedikit pun kami anti kaum atau membantu satu kaum sahaja, seperti juga di Pulau Pinang kepentingan orang Melayu turut dijaga,” katanya yang juga Exco Pertanian, Pembangunam Usahawan dan industri Asas Tani.
Ketika ditanya mengenai dakwaan beliau yang sepatutnya menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) namun telah ditarik balik atas kontroversi yang menimpa, Norhizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Saya tak dapat, tak adalah. Namun ikut sandaran pusat, kalau pusat kata jangan (terima) janganlah, kalau boleh, bolehlah,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan Fort Pin bersedia untuk memulangkan darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya sekiranya DAP mahu beliau berbuat demikian.
CEC DAP akan bincang isu terima darjah kebesaran, kata Guan Eng
TAIPING: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan soal penerimaan darjah kebesaran oleh pemimpin parti itu, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
Beliau berkata tindakan menerima darjah kebesaran tersebut tidak mencerminkan semangat perjuangan sebenar parti itu, sekali gus akan memberikan persepsi lain kepada rakyat kerana parti itu tidak sampai setahun menjadi kerajaan di negara ini.
“Saya tidak mahu apa yang saya sebutkan ini sebagai tanda tidak hormat kepada mana-mana kerajaan negeri (yang mengurniakan darjah kebesaran), tetapi kenapa pemimpin kita perlu terima pada tahun pertama (mentadbir)? Tunjukkan prestasi berkhidmat untuk rakyat terlebih dahulu.
“… kalau ini menyinggung mana-mana pihak di luar parti, saya minta maaf kerana saya rasa ini amat penting kerana DAP tidak pernah kejar jawatan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak yang dihadiri 1,303 perwakilan di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M Kulasegaran dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.
Semalam, 2 wakil rakyat DAP Melaka iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Tey Kok Kiew dan Adun Bemban Wong Fort Pin menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran “Datuk” bersempena sambutan hari jadi ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.
Minggu lepas pula, 2 menteri DAP Sabah iaitu Stephen Wong dan Frankie Poon dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran “Datuk” bersempena ulang tahun ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Lim berkata adalah tidak wajar pemimpin parti dari Sabah dan Melaka itu menerima gelaran tersebut sedangkan penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh pernah menolak pemakaian gelaran “Datuk” yang mereka terima dan lebih selesa dengan gelaran “Yang Berhormat’”.
“Ya, kita hormat dan terima kasih kepada mereka yang nak berikan gelaran, tetapi macam di Melaka, (bekas ketua menteri Melaka) Allahyarham Tun Ghafar Baba senang digelar sebagai Encik Ghafar Baba, kalau Tun Ghafar Baba sendiri pun tidak terima, mengapa pemimpin kita terima.
“Ketua Menteri Melaka dari Parti Amanah Negara (Adly Zahari) tidak terima juga, mengapa pemimpin kita terima, sebab itu penjelasan diberikan tidak boleh diterima dan akan dibincangkan dalam mesyuarat CEC.
“Kalau dipilih oleh rakyat, jadi Yang Berhormat, itupun sudah cukup. Bila saya sebut begini, perkara ini mungkin akan menyinggung perasaan ahli dan pemimpin, tetapi saya rasa perkara ini juga akan disebut kalau Karpal Singh masih ada,” katanya.
Sementara itu, Lim yang juga menteri kewangan turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kemenangannya dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi, semalam.
“Ini merupakan kemenangan (undi majoriti) lebih besar berbanding pencapaian pada pilihan raya umum ke-14 (undi majoriti 17,710), sekali gus menandakan sokongan rakyat kekal terhadap PH,” katanya.
sumber: fmt via terbaiksembang kredit video Melaka Kini Via cegitucegini
Post a Comment