Baru Merancang Nak Cuti Ke Sana.Inilah Sebab Kenapa 10 Pulau Di Mersing Akan Ditutup…

Baru Merancang Nak Cuti Ke Sana.Inilah Sebab Kenapa 10 Pulau Di Mersing Akan Ditutup…

JOHOR BAHRU – Sebanyak 10 pulau di Mersing akan ditutup antara pertengahan atau hujung bulan ini sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh.

Baru Merancang Nak Cuti Ke Sana.Inilah Sebab Kenapa 10 Pulau Di Mersing Akan Ditutup…
Baru Merancang Nak Cuti Ke Sana.Inilah Sebab Kenapa 10 Pulau Di Mersing Akan Ditutup…

Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan, Liew Cai Tung berkata, penutupan dijangka berlanjutan sehingga Mac tahun depan.

“Keputusan tersebut bagaimanapun bergantung kepada laporan kaji cuaca.

“Namun, penutupan tidak termasuk pulau persendirian,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: ‘Hujan Lebat, Ribut Petir & Angin Kencang Hingga November’ – Jabatan Meteorologi Malaysia


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program Car Free Day, Johor Bahru (JB) Wake Up dan melancarkan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini, semalam.

Sementara itu, Cai Tung berkata, pihaknya mengambil peluang menjalankan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita sebagai memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.


“Sebenarnya program ini akan dijalankan selama tiga bulan iaitu bermula Oktober hingga Disember oleh Jabatan Pembangunan Wanita Johor.

“Kesedaran bukan setakat masa kempen dijalankan sahaja, malah ia perlu dilakukan secara di secara berterusan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Kredit : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post