(Video)Trend Minum Air Kencing Sendiri Sebagai ‘Penawar’ Untuk Hilang Jerawat Dan Kekal Langsing, Anda Sanggup Mencubanya?
(Video)Trend Minum Air Kencing Sendiri Sebagai ‘Penawar’ Untuk Hilang Jerawat Dan Kekal Langsing, Anda Sanggup Mencubanya? |
*Video diatas sekadar hiasan. Sila baca artikel penuh di bawah
Bunyinya memang menjijikkan, tapi jangan tak percaya, memang ada sekelompok manusia yang percaya meminum air kencing sendiri mampu memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Antaranya adalah untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik, kulit muka yang licin dan kelihatan muda.
ARTIKEL MENARIK: ‘Kalau Cikgu Marah Cikgu Kena Maki’ – Pelajar Hisap Rokok Dalam Kelas, Netizen Marah Pelajar Ini Bersikap Biadap
Trend ini sememang menjadi amalan masyarakat di luar terutamanya untuk wanita dan lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan wajah dan penampilan diri kekal menarik sepanjang masa. Katanya, ia adalah ‘penawar’ paling semula jadi dan amat berbaloi untuk diminum berbanding dibuang begitu sahaja.
Bukan setakat minum sahaja, mereka yang percaya dengan khasiat air kencing juga meyakini bahawa terdapat manfaat yang tersendiri untuk kulit sekiranya kotoran badan itu dilumur kepada seluruh badan serta ada kebaikkannya pada mata jika disapu pada bahagian berkenaan. Malah, mereka juga mendakwa amalan menjadikan air kencing sebagai ‘produk kesihatan’ sudah diamalkan sejak berkurun lamanya.
Trend ini mula menjadi ikutan selepas beberapa orang blogger kesihatan popular Amerika Syarikat, memuat naik perkongsian mengenai manfaat air kencing yang diamalkan ke laman web masing-masing. Malah, tips ini turut diamalkan oleh golongan profesional, termasuklah Christo Dabraccio, seoarang ahli meteorologi yang memberitahu badannya kekal bertenaga, kuat seperti ‘Superman’ serta berat badan turun 13 kilogram sejak mengamalkan diet tersebut.
”Saya kali pertama mengetahui tips ini melalui internet. Jujur, saya juga merasa geli pada mulanya. Namun setelah saya selidiki secara mendalam serta membaca perkongsian pengalaman orang lain. Saya tekadkan diri untuk mencubanya sendiri.
”Air kencing adalah dirivatif yang ditapis daripada darah, dan anda memerlukan darah untuk kekal hidup. Jadi, masuk akal (minum air kencing). Tidak lama selepas saya mengamalkan tips ini, saya rasa kuat seperti Superman.
”Badan saya rasa bertenaga, kepala rasa ringan, kulit kelihatan lebih muda. Ia seolah-olah anda baru sahaja minum toknik muda,” kata Christo lagi.
Christo juga turut menyarankan rakannya, Julia Sillaman untuk mencuba tips yang sama sebelum Julia memaklumkan ia berkesan dalam merawat masalah jerawat yang dialaminya serta berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 11 kilogram. Dia menyimpan air kencingnya di dalam botol dan mengambilnya sebanyak tiga cawan setiap hari, selain turut melumur pada badannya sendiri.
Bagaimanapun, ahli perubatan berpendapat bahawa komuniti-komuniti yang mendakwa minum air kencing mempunyai manfaat kesihatan sebagai ‘menipu diri sendiri’ kerana kajian klinikal tidak menemui bukti bagi mengesahkan dakwaan tersebut.
Namun, bagi komuniti ini, mereka percaya meminum air kencing tetap ada logiknya, biarpun yang tidak disokong oleh bukti saintifik. Mereka percaya bahawa sebatian air kencing boleh diserap semula oleh badan untuk mempertingkatkan sistem pertahanan tubuh melawan penyakit serta membekalkan kebaikkan-kebaikkan penyahoksidan yang lain.
Biarpun hujah komuniti ini seolah-olah ‘ya, air kencing ada baiknya’ sehingga dipercayai banyak orang, namun ahli perubatan mengingatkan bahawa minum air kencing sebenarnya boleh membahayakan kesihatan diri.
Untuk menguatkan lagi hujah mereka, komuniti ini turut mendakwa amalan minum air kencing ini turut diamalkan oleh individu berprofil tinggi, terutamanya selebriti Hollywood, namun tidak mendedahkan mereka yang terlibat.
Bagi Julia pula, tips yang dicadangkan oleh Christo sebenarnya membantunya memulihkan semula semangat diri selepas dia hampir berputus asa dengan masalah jerawat yang dialaminya.
Selain menjadikan air kencing sebagai ‘pencuci muka’ untuk mengatasi masalah jerawat, Julia turut memaklumkan berat badannya turun selain mengatasi masalah penghadaman sejak dia menjadikan air kencing sebagai satu minuman.
”Saya merasa sangat kecewa dan rendah diri dengan rupa paras asaya sendiri. Tetapi saya merasa teragak-agak untuk bertemu dengan dermatologist.
”Kemudian saya bertemu dengan Christo, saya masih ingat bagaimana dia kelihatan sangat bertenaga, sihat dan kulit yang baik. Saya bertanya rahsianya, dan dia menyarankan saya mengamalkan terapi air kencing.
”Hairannya, saya tidak merasa geli, sebaliknya merasa terjua untuk mencuba. Selepas beberapa kali saya menyapu air kencing pada muka, saya mula merasa perubahan. Jerawat tumbuh dengan perlahan dan kulit semakin hari semakin licin.
”Saya juga mula berpuasa. Saya perasan air kencing saya mula berubah dan menjadi lebih bersih selain rasa seperti air kelapa. Kini saya merasa lebih bertenaga dan dekat dengan alam, saya seperti dilahirkan semula.
”Saya fikir, saya akan mengamalkan terapi ini disepanjang hidup saya, tetapi tidak sekerap hari ini. Saya menjangkakan keluarga saya membantah, namun semenjak mereka melihat perubahan pada diri ini, ada diantara mereka turut berminat untuk mencuba,” katanya.
Anda sanggup untuk pergi sejauh ini, meminum air kencing sendiri hanya kerana mahu kelihatan cantik?
Sumber : Dailymail
Post a Comment