Ustaz Ebit Lew kongsi pengalaman tak disangka ketika bertemu Marina pejuang LGBT

Ustaz Ebit Lew kongsi pengalaman tak disangka ketika bertemu Marina pejuang LGBT

Sebak rasa jumpa Datin Marina Mahathir. Saya bercerita dan berkongsi tentang kasih sayang iman dan usaha dakwah yang sedang di jalankan betapa Allah sayang kita semua. Beliau sangat baik mendengar dan sangat merendah diri..seronok dapat saling berkongsi.

Ustaz Ebit Lew kongsi pengalaman tak disangka ketika bertemu Marina pejuang LGBT
Ustaz Ebit Lew kongsi pengalaman tak disangka ketika bertemu Marina pejuang LGBT

Katanya, beliau memang kagum dengan usaha ustaz walau cina tapi bimbing ramai orang ditepi jalan dan juga bantu maknyah untuk dibimbing dan keluar dari tekanan hidup. Beliau kata ramai maknyah nak solat dan mereka perlu dipimpin.

Walau suasana agak bising kami dapat berbual dekat 2jam. Jarang orang tengah suasana riuh nak berbual cerita Islam sampai 2jam. Kata saya halal itu jelas. Haram itu jelas. Dan usaha memujuk rayu manusia dengan kasih sayang dekat dengan Allah itulah kerja Nabi saw..itulah usaha kita sebagai insan..

ARTIKEL MENARIK: Rakyat tak perlu takut SST dapat turunkan harga barang kata KP Kastam


Sempat cerita saya akan bawa maknyah 3hari 2malam 23,24,25 oktober ini untuk motivasi, solat berjemaah,qiamulail. Peranan solat dan usaha dakwah Nabi saw. Islam itu indah.

Katanya betul usaha ustaz beri makan dan mereka tertawan dengan Islam. Bila saya tengok Wah..sebak tengok..Tahniah ustaz. Ustaz menyelamatkan ramai orang tepi jalan dan beri mereka tempat tinggal. Doakan perjalanan dakwah ini dalam menuju Redha Allah..Allah maha baik. Teringat arwah mak saya cakap. Dulu ada orang sayang kita. Sekarang giliran kita untuk sayang orang lain..- ebitlew

#doakan program keluargasunnah 29 september 2018 di MatradeKL #daftar di www.keluargasunnah.com #atau  www.wasap.my/60173666848





ANTARA KOMEN NETIZEN DIATAS TINDAKAN USTAZ EBIT LEW

Hariz Zain Di saat orang membenci dengan kehinaan, di situ Ustaz Ebit Lew mengutip kebaikan di celah-celah penghinaan masyarakat. Terima kasih ustaz. Semoga Allah terima usaha mulia ustaz. Kerana setiap insan yg ada iman itu adalah berharga di sisi Allah.
Kirul Amin Tahniah ustaz atas usaha dakwah yg kami xmampu nk kenal beliau .. Tpi kami mampu berdoa utk ustaz bg mempermudahkn urusan dakwah..

Intan Radziah Hj Jayis Memang terlihat jelas cara ustaz menyantuni golongan LGBT ini dengan lunak. Saya tabik dengan cara ustaz. Bukan sahaja golongan LGBT malah semua golongan ustaz santuni. Moga Allah permudahkan usaha ustaz menyayangi semua kerana Allah.Moga pihak berwajib juga dapat membantu usaha² ustaz.Aamiin.

Mazlan Basharudin Islam tk mngira bangsa…yg pnting saling mengasihi dn mngasihani…tksih ust…alhamdulillah…kuat umat kerana muafakat…

Ir Rafhan Ini baru nama dakwah dengan adab dan hikmah. Alhamdulillah. Salute Ustaz Ebit Lew..Sebab sekarang banyak manusia dakwah dengan biadab dan tohmah.

Ummu Amar Kata Buya Hamka, “Dakwah itu membina bukan menghina.
Dakwah itu mendidik bukan membidik.
Dakwah itu mengajak, bukan mengejek”.
Didoakan usaha ustaz sentiasa dipermudahkan Allah swt.

Siys Suri Subhanallah ustaz, kami doakan dan mengharap supaya ustaz istiqomah menjadintauladan seluruh umat Islam… Semoga kami mampu berdakwah seperti ustaz yg diajar oleh Nabi Muhammad saw.. Ameen

Syarifah Azhari Saye respect ustaz. Saya sayang ustaz. Sebak je bila tengok cara ustaz berdakwah. Jujur saya cakap, saya belajar berubah menjadi lebih baik dalam menjaga solat selepas saya mengikuti ape yang ustaz lakukan. Ustaz selalu berpesan ape² mesti kena jaga solat. Sebak je rasa. Cara dakwah ustaz seperti Nabi muhammad. Sangat berlemah lembut. Terima kasih Ustaz

Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post