Tun M bengang, Selepas ada dakwaan PKR akan bergabung dengan pembangkang
Tun M bengang, Selepas ada dakwaan PKR akan bergabung dengan pembangkang |
Terima individu, tak terima UMNO – Tun M
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya menerima penyertaan ahli Umno ke dalam parti di bawah PH, bagaimanapun tidak sesekali menerima parti berkenaan ke dalam PH.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan Umno akan bekerjasama dengan PKR bagi kembali menjadi kerajaan.
ARTIKEL MENARIK: Laporan: Tandatangan ‘Surat Bukti Derma’ Najib Bukan Milik Putera Arab
Menurutnya, sekiranya Umno bekerjasama dengan PKR, PH tidak akan sesekali menerima Umno dalam pakatan berkenaan.
“Jika mereka (Umno) bekerjasama dengan PKR, no way we are going to accept them into PH (tidak sama sekali kami akan terima mereka ke dalam PH).
“Jika sebagai individu mereka menyertai sebagai ahli parti sama ada PKR, Bersatu, DAP itu boleh tapi tidak sebagai sebuah parti,” katanya semasa Sidang Media Bersatu di Menara Yayasan Selangor, pada Jumaat.
Sementara itu, Dr Mahathir menolak dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengenai kemungkinan akan ada parti daripada kerajaan PH akan menyertai gabungan pembangkang yang baharu dibentuk.
“Pembangkang maknanya dialah (Pas)… dialah pembangkang sekarang ni. PH nak masuk Pas… awak fikirlah sendiri,” katanya.
Sumber: Astro Awani
#AWANInews #AWANI745 Terima individu, tak terima UMNO – Tun M https://t.co/ZEzkSHVlz2 pic.twitter.com/1sstkyCGZs— Astro AWANI (@501Awani) September 14, 2018
Post a Comment