Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sepatutnya meninggalkan Umno lebih awal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tok Pa Keluar UMNO, Tapi Mahathir Cakap Dah Terlambat... |
"Barangkali dia dah sedar (tapi) lambatlah sikit. Patut sedar awal lagi. Umno dah rosak baru nak keluar la ni. Tak apalah," katanya kepada pemberita di Anugerah Francais Malaysia 2018 di Putrajaya malam ini.
Ditanya sama ada Mustapa akan dialu-alukan sekiranya menyertai Pakatan Harapan, Mahathir berkata bekas pemimpin Umno itu perlu menunjukkan beliau berbeza daripada sebelum ini.
ARTIKEL MENARIK: 'Hilang' Semua Jari Kaki Selepas Rendam Kaki Di SPA Ikan
"Kalau nak join PH kena tunjuk dia berlainan dari dululah," katanya tanpa mengulas lebih lanjut.
Terdahulu Mustapa berkata beliau mengambil keputusan meninggalkan Umno setelah membuat beberapa pemerhatian terhadap lanskap politik negara.
Menurut Mustapa, hala tuju Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik dipegang beliau selama ini dan tidak banyak usaha dibuat untuk melakukan proses rejuvenasi dalam parti itu.
Beliau juga berpedapat usaha ke arah memulihkan imej dan kepercayaan terhadap Umno kini semakin sukar.
"Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Umno setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini," kata Mustapa.
HARAPAN Kelantan terbuka terima Mustapa
Sementara itu, Naib Presiden Parti AMANAH Negara (AMANAH), Senator Husam Musa menyifatkan langkah Mustapa keluar Umno sebagai tepat.
Pada masa yang sama, katanya, HARAPAN perlu membuka laluan kepada anggota parlimen bukan daripada gabungan itu yang boleh dikategorikan sebagai 'positif'.
"Jika HARAPAN dapat menggerakkan konsolidasi nasional berpaksikan sokongan kepada usaha reform dan membangunkan semula negara yang dibawa oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan HARAPAN sekarang, ia boleh mengukuhkan lagi negara dan mempercepat pemulihan," kata Husam.
Menurutnya lagi, pembersihan ke atas salah laku pentadbiran lalu juga perlu digiatkan untuk meyakinkan rakyat bahawa HARAPAN kini menuju laluan yang betul.
"Saya juga berharap lebih ramai MP Umno lain mengikuti jejak beliau. Selaku Pengerusi HARAPAN Kelantan, saya bersikap terbuka untuk Datuk Mustapa dapat bersama selepas 'cuti iddah' beliau," jelas Husam.
via Sehinggit
Post a Comment