TERKINI! Najib Ditahan Sebaik Tiba Di Pejabat SPRM. Anak Najib Mahu Jamin Tapi Ada Halangan. Ini Sebabnya Kenapa Berlaku

TERKINI! Najib Ditahan Sebaik Tiba Di Pejabat SPRM. Anak Najib Mahu Jamin Tapi Ada Halangan. Ini Sebabnya Kenapa Berlaku

TERKINI! Najib Ditahan Sebaik Tiba Di Pejabat SPRM. Anak Najib Mahu Jamin Tapi Ada Halangan. Ini Sebabnya Kenapa Berlaku

TERKINI! Najib Ditahan Sebaik Tiba Di Pejabat SPRM. Anak Najib Mahu Jamin Tapi Ada Halangan. Ini Sebabnya Kenapa Berlaku
TERKINI! Najib Ditahan Sebaik Tiba Di Pejabat SPRM. Anak Najib Mahu Jamin Tapi Ada Halangan. Ini Sebabnya Kenapa Berlaku

Najib akan bermalam di lokap SPRM, berdepan kes RM2.6b esok

SPRM hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes1MDB yang berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Dalam satu kenyataan media, SPRM memaklumkan penahanan itu dibuat pada jam 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

ARTIKEL MENARIK: Anak perempuan risau Najib akan bermalam di penjara esok


“Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September), jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya.
Selain itu, menurut kenyataan berkenaan, SPRM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok.

Ini bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dengan penahanan itu, ini bermakna Najib akan sekali lagi terpaksa bermalam di lokap SPRM.

Esok pula akan menjadi kali ketiga Najib dihadapkan ke mahkamah.

Sebelum ini, bekas presiden Umno itu dikenakan tujuh dakwaan berhubung syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn.

Tuduhan itu berkaitan dengan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa semasa berada menjadi perdana menteri.

Semalam, adalah dilaporkan bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor juga mungkin berdepan sehingga 20 dakwaan jenayah tidak lama lagi – kebanyakannya berkaitan dengan pengubahan wang haram.

Jumaat lalu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga dikenakan empat pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM9.5 juta yang diterimanya daripada Najib. – sumber


Najib dijangka berdepan 6 lagi tuduhan

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan dibawa ke mahkamah sekali lagi untuk berdepan dakwaan berhubung skandal 1MDB, kata sumber.

bf7817b391d7d0b79ea343810b24f9bf.jpeg


Tarikh Najib hadir ke mahkamah kemungkinan adalah beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Umno yang dikatakan akan diadakan pada 29 dan 30 Sept.

Sumber polis yang rapat dengan perkembangan siasatan kes itu berkata Najib mungkin berdepan sehingga enam pertuduhan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001 (Amla) dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

Sebelum ini, bekas presiden Umno itu sudah dihadapkan dengan tujuh dakwaan berhubung syarikat subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, rencana awal adalah untuk mendakwa Najib esok namun ditangguhkan sementara menunggu hasil mesyuarat antara polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Polis telah menyelesaikan siasatan mereka. Berdasarkan rencana itu, polis mahu mendakwa Najib esok tapi ada mesyuarat dengan SPRM. Beliau akan didakwa dalam masa terdekat,” kata sumber.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan peguam yang mewakili Najib berkata, pihak berkuasa sudah memaklumkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung dakwaan yang akan dikenakan ke atas anak guamnya.
“Paling lewat minggu depan. Dakwaan itu termasuk kesalahan ‘transaksi kecil’ yang didakwa menggunakan wang 1MDB,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Malaysiakini sudah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dan Shafee untuk pengesahan.

Pada 27 dan 30 Ogos lalu, polis menyoal siasat Najib. Bekas perdana menteri itu dikatakan disoal siasat berhubung beberapa transaksi yang antaranya dibuat seawal 2011.

Semalam media melaporkan bahawa, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor mungkin berdepan 20 dakwaan jenayah yang berkaitan pengubahan wang haram dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, Shafee juga dihadapkan dengan empat dakwaan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterimanya daripada Najib.

sumber Mkini

Anak risau Najib akan bermalam di penjara esok

Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa bimbang terhadap prosiding mahkamah membabitkan bekas perdana menteri itu yang dijadualkan jam 3 petang esok.

b94bfdc616ae5a3d1b3c91515dcecd9e.jpeg


Bercakap kepada Malaysiakini, Nooryana Najwa berkata keadaan tersebut boleh mengakibatkan bapanya bermalam lagi di lokap penjara.

Punca Kenapa Tak Dapat Jamin

“Mereka menetapkan pendengaran jam 3 petang. Apabila ikat jamin dikeluarkan, pendaftar mahkamah dan bank telah ditutup.

“Jadi kami tak akan dapat bayar wang jaminan.

“Oleh itu, dia mungkin perlu bermalam lagi dalam tahanan sehingga wang ikat jamin dibayar,” kata Nooryana Najwa kepada Malaysiakini.
Najib dijangka didakwa pada pukul 3 petang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok berhubung kes kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Terdahulu, pihak berkuasa menahan Najib dan beliau dijangka bermalam dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini.

Bekas presiden Umno itu dijangka menghadapi pelbagai pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Dalam hantaran di Instagram, Nooryana, yang kini berada di Amerika Syarikat, menceritakan beliau dimaklumkan oleh adiknya, Ashman mengenai penahanan bapa mereka.

sumber Mkini 


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post