“Tak Solat Maghrib Lebih Munafik Daripada Munafik 2” – Ulamak Tempelak Penonton Lalai Solat
“Tak Solat Maghrib Lebih Munafik Daripada Munafik 2” – Ulamak Tempelak Penonton Lalai Solat |
Pendakwah popular, Ustaz Shahrizan Mohd Daud At-Turabi menegur segelintir penonton yang lalai dengan kewajipan hakiki hingga mengabaikan solat semata-mata untuk menonton wayang.
Kata Ustaz Shahrizan, teguran tersebut ditujukan kepada segelintir penonton yang memilih tayangan pada waktu senja hingga sanggup meninggalkan solat Maghrib.
ARTIKEL MENARIK: “dia tanya sama ada saya menang pertandingan karaoke” – Aishah dedah dia pernah kena gelak dengan Peniaga Emas
“Munafik 2 terbaik! Tapi tengok Munafik 2 kat panggung showtime 6.50 petang dan tak solat Maghrib lebih munafik daripada Munafik 2.
“Bagi yang sanggup solat dengan keluar panggung sekejap, yang solat jamak, yang ‘period’ dan macam-macam jawapan lain tak perlu terasa.
“Yang perlu terasa dengan teguran ini adalah bagi yang tak solat terus sampai masuk Isyak. Lepas tu bajet-bajet tak apa boleh qada’,” tulisnya di Instagram.
Namun, Ustaz Shahrizan memuji usaha yang dilakukan sutradara hebat Syamsul Yusof untuk mengangkat imej golongan ulamak dalam karya terbaharunya.
“Korang jangan marah Abang Syamsul Yusof dan Mawi. Aku sokong korang.
“Korang naikkan imej orang agama dalam tajuk ni. Memang jadi kalau nak jadi,” tambah Ustaz Shahrizan lagi.
Munafik 2 telah memulakan tayangan sejak Khamis lalu dan telah berjaya mengutip RM21.6 juta dalam tempoh empat hari.
Sumber: Astro Gempak
Post a Comment