Siti Kasim minta Dr. Maszlee 'lihat' balik silibus Pendidikan Islam isu murtad

Siti Kasim minta Dr. Maszlee 'lihat' balik silibus Pendidikan Islam isu murtad

Peguam yang terkenal dengan kelantangan bersuara, Siti Kasim meminta Menteri Pelajaran Dr. Maszlee Malik melihat semula silibus Pendidikan Islam Tingkatan 5.

Siti Kasim minta Dr. Maszlee 'lihat' balik silibus Pendidikan Islam isu murtad
Siti Kasim minta Dr. Maszlee 'lihat' balik silibus Pendidikan Islam isu murtad

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Siti Kasim yang juga aktivis masyarakat, berkongsi gambar subtopik berkaitan rasional hukuman bunuh terhadap orang murtad dalam buku ulangkaji 'Fokus SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 5'

"Sejak berita mengenai isteri dipukul keluar, seorang pelajar Tingkatan 5 menghantar mesej kepada saya dan menunjukkan (gambar) ini kepada saya. Sekarang beritahu saya sama ada ini betul atau salah?

ARTIKEL MENARIK: Pembangkang, Tolong Jangan Politikkan Isu PTPTN! - Maszlee


"Tolonglah Dr. Maszlee Malik. Anda sangat perlu melihat silibus agama Islam. Ini sangat mengerikan," kata Siti Kasim.

Dalam buku ulangkaji itu disebutkan rasional membunuh orang murtad adalah:

a. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan.

b. Mengelak daripada orang murtad mempengaruhi orang Islam lain mengikut jejak langkahnya.

c. Sebagai satu cara untuk menghalang tindakan merendah dan memburukkan agama Islam.

d. Mengelak perbuatan riddah daripada berleluasan yang boleh mencemarkan kesucian Islam.

Hantaran Siti Kasim dalam Facebook itu mendapat 276 reaksi dengan 55 komen dan 255 perkongsian.




Sebelum ini Siti Kasim berkongsi hantaran di Facebook berkaitan soalan peperiksaan Pendidikan Islam Kertas 1 September/Oktober yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor mengenai subtopik 'cara memukul isteri yang nusyuz'. 

"Kementerian Pendidikan. Adakah ini apa yang pelajar Melayu belajar di sekolah? Apakah ini Dr. Maszlee Malik? Adakah ini diterima? Sampah jenis apakah yang kita ajar anak-anak di sekolah?" tulis Siti Kasim.

Maszlee dalam responnya terhadap hantaran itu, mengucapkan terima kasih kepada Siti Kasim kerana membawa isu tersebut kepada perhatian beliau.

"Terima kasih atas keprihatinan dan membawa perkara ini untuk makluman saya. Saya akan ambil tindakan bagi meneliti perkara ini," kata Maszlee di Twitter.

19.jpg

Hantaran Siti Kasim mengenai nusyuz menerima 1.6 ribu reaksi, 100 komen dan 1.5 ribu perkongsian.-UTUSAN ONLINE


© copyright 2018 – All rights reserved

BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post