Sila Ambil Tahu! Tabiat Gigit Kuku Bawa Padah, Jari Gadis Ini Terpaksa Dipotong Selepas Didiagnos Kanser Kulit

Sila Ambil Tahu! Tabiat Gigit Kuku Bawa Padah, Jari Gadis Ini Terpaksa Dipotong Selepas Didiagnos Kanser Kulit

Sila Ambil Tahu! Tabiat Gigit Kuku Bawa Padah, Jari Gadis Ini Terpaksa Dipotong Selepas Didiagnos Kanser Kulit

Sila Ambil Tahu! Tabiat Gigit Kuku Bawa Padah, Jari Gadis Ini Terpaksa Dipotong Selepas Didiagnos Kanser Kulit
Sila Ambil Tahu! Tabiat Gigit Kuku Bawa Padah, Jari Gadis Ini Terpaksa Dipotong Selepas Didiagnos Kanser Kulit

Seorang pelajar universiti terpaksa dipotong ibu jarinya setelah mengetahui kanser kulit yang jarang ditemui telah tersebar akibat daripada tabiat menggigit kuku sejak 4 tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK: Sungguh Menjijikkan! Hati-Hati Binatang Gila Nafsu, Gambar Ibu Mengandung ‘Dicuri’ & Jadi ‘Modal’ Lelaki Giler...


Courtney Whithorn ,20, mula menggigit kuku selepas menjadi mangsa buli di sekolah.  Bimbang selepas menyedari ibu jarinya mula berubah hitam, remaja ini mengambil keputusan untuk menyembunyikan hal tersebut daripada keluarga dan rakan-rakan.

16.jpg

Sepanjang 4 tahun, gadis ini sanggup memakai kuku palsu dan mengenggam kuku untuk mengelakkan orang ramai sedar akan kelainan kukunya daripada yang biasa.

Setelah membuat keputusan untuk berjumpa doktor, pelajar psikologi ini didapati telah dijangkiti kanser yang jarang ditemui, dikenali sebagai acral lentiginous subungual melanoma sejak Julai lalu.

Walaupun telah menjalani sebanyak 4 pembedahan, sel kanser tersebut masih ada sehingga doktor membuat keputusan untuk memotong ibu jari yang telah dijangkiti.


17.jpg


“Bila saya dapat tahu tabiat gigit jari ni adalah punca kepada kanser, ianya sangat mengejutkan saya.”

“Saya akan sentiasa menggenggam jari sebab tak nak orang lain nampak, walaupun ibu bapa sendiri.”

“Saya mula panik bila sedar kulit kuku mula berubah hitam, setelah 4 tahun simpan sendiri, tahun ni baru saya berani tunjukkan apa yang terjadi.”

“Saya dah jumpa doktor untuk merawatnya melalui perawatan kosmetik, tetapi akhirnya saya dirujuk kepada pakar bedah plastik yang mencadang kuku ini dibuang.”

18.jpg


“Sebelum melakukan pembedahan pertama, doktor yang merawat memberitahu seperti ada yang tak kena dan bercadang untuk buat biopsy.”

Acral lentiginous subungual melanoma adalah sejenis melanoma yang sering mucul di tapak tangan, bawah kuku dan tapak kaki.  Penyebab kanser ini tak diketahui tetapi beberapa kajian menunjukkan penjagaan kuku yang tak betul dikatikan dengan penyakit ini.

“Selepas mendapat tahu ia adalah kanser, saya terkejut dan tak percaya langsung.  Ibu saya turut mengalirkan air mata kerana terlalu sedih.”

Sumber: The Sun UK

Sumber artikel : https://siakapkeli.my/2018/09/07/tabiat-gigit-kuku-bawa-padah-jari-gadis-ini-terpaksa-dipotong-selepas-didiagnos-kanser-kulit/


© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post