GEORGETOWN: Seorang remaja lelaki maut selepas tersepit lif barang di tingkat tiga sebuah restoran di Jalan Penang, di sini, hari ini.
Shahrukh Khan maut tersepit lif |
Seorang saksi di lokasi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Rafiq, 34, berkata ketika itu beliau dan rakan sedang makan sebelum dikejutkan dengan kehadiran anggota polis dan bomba.
“Kami tidak tahu apa berlaku sehinggalah seorang pekerja memberitahu ada mangsa tersepit lif di tingkat atas.
ARTIKEL MENARIK: Imam masjid dan isteri maut kereta bertembung pacuan empat roda
“Ketika itu, orang ramai juga mula mengerumuni kawasan terbabit kerana mahu melihat apa yang berlaku dan pemilik premis terpaksa menutup restoran mereka,” katanya.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19, yang bekerja sebagai penghantar ayam meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat sukar bernafas.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menghantar ayam di restoran terbabit dan menggunakan lif berkenaan untuk mengangkat barang yang dibawanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
“Hasil siasatan awal kita mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kes ini. Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.
Kredit : Wowberita
Post a Comment