Semua Orang Tak Berani Redah Banjir Tapi Bila Zizan Razak Redah Semua Ikut Belakang Sekali.

Semua Orang Tak Berani Redah Banjir Tapi Bila Zizan Razak Redah Semua Ikut Belakang Sekali.

Semua Orang Tak Berani Redah Banjir Tapi Bila Zizan Razak Redah Semua Ikut Belakang Sekali.

Semua Orang Tak Berani Redah Banjir Tapi Bila Zizan Razak Redah Semua Ikut Belakang Sekali.
Semua Orang Tak Berani Redah Banjir Tapi Bila Zizan Razak Redah Semua Ikut Belakang Sekali.

Zizan Razak nama yang tidak asing lagi dalam pelawak Malaysia. Beliau yang baru baru ini berganding semula dengan Johan untuk membuat comeback rancangan Jozan Live telah mendapat banyak tontonan.

ARTIKEL MENARIK:  Saleem Kemalangan, Tulang Rusuk Tertusuk Hingga Ke Paru-Paru


Video Penuh Di Bawah Artikel
Bukan sahaja pandai melawak tetapi zizan juga dikatakan antara pelakon yang banyak menerima pemintaan untuk ke layar perak. Baru baru ini filem Abang Long Fadhil 2 mendapat jutaan ringgit dalam kutipan tiket.

Banjir Di Kuala Lumpur

Image result for banjir kuala lumpur


Banjir di Kuala Lumpur ketika hujan lebat bukanlah satu perkara yang pelik. Sekiranya hujan lebat atau hujan yang berterusan kebanyakkan jalan dalam dan luar Kuala Lumpur pasti akan dinaiki air.

Ini adalah salah satu punca kesesakkan jalan raya apabila waktu hujan. Jalan yang ditenggelami air yang merbahaya dan pengguna jalan raya tidak pasti samada mereka boleh melepasi banjir tersebut atau tidak.

Zizan Redah Banjir


Satu rakaman video yang dimuatnaik oleh Zizan Razak beberapa bulan lepas menunjukkan keadaan Kuala Lumpur dalam keadaan hujan lebat. Ketika Zizan Razak melalui satu jalan tiba tiba dia tersangkut kerana keadaan air yang tinggi (banjir).

Kesemua kereta juga berhenti dan nampaknya tidak berani untuk merempuh banjir tersebut. Zizan melalui rakaman beliau mengatakan akan merempuh sahaja banjir tersebut. Yang menariknya Zizan Razak dan rakannya hanya menaiki Myvii dan kereta yang sebelum mereka nampak lebih besar dari Myvii.

Ketika mereka merempuh banjir tersebut, kenderaan lain juga mengikut di belakang dan akhirnya Zizan selamat melepasi banjir. Dan akhir kata Zizan Razak, mengucapkan terima kasih kepada Perodua kerana mencipta kereta Myvii yang mampu meredah banjir.


Video Penuh Di Bawah


By: KL VIRAL

Tips Untuk Kereta Yang Ditenggelami Air Banjir


tips untuk kereta yang ditenggelami air banjir

Sumber dari Info Roadblock JPJ/Polis . Kredit foto dari Rezal Razak

Umum mengetahui mengenai masalah banjir yang melanda bahagian utara Malaysia sekarang ini dan pasti ramai yang mempunyai masalah kereta mereka terperangkap dalam banjir. Berikut merupakan antara tips yang boleh diguna pakai sekiranya kereta anda telah ditelenggami oleh air banjir.

Sebelum tenggelam:

1. Jika kenderaan memang tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.
2. Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.

3. Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.

Ketika tenggelam:

1. Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin . Apatah lagi cuba untuk memandunya meredah banjir.

Setelah banjir surut:

1. Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, iaitu jangan hidupkan enjin!

2. Panggil lori tunda untuk ditunda ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Samada rosak banyak atau rosak sikit. Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. In shaa’ ALLAH enjin OK. Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.

3. Sistem transmisi pula kalau jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Hal ini mekanik akan nasihat. Mungkin 3 hingga

5 kali flush. Atau mungkin lebih. Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan kena overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Terpaksa tukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
4. Sistem elektornik boleh selamat in shaa’ ALLAH. Cuma dalam masa yang panjang, mungkin baru nampak kesannya.

5. Kusyen pula memang kotor dan berbau habislah. Kena cuci samada upah atau sendiri. Kadang-kadang pihak bengkel ada tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir. Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti. Selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap juga wujud selama beberapa tempoh. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut tu dalam lebih kurang sebulan. Lama-lama OK, in shaa’ ALLAH.

Itulah setakat yang saya tahu dan mampu berkongsi. Ini pun tahu sebab dulu kereta pernah tenggelam banjir. Kalau tuan/puan ada nasihat-nasihat lain, silakanlah kongsi. Dan kalau maklumat di atas tidak tepat, silalah betulkan. In shaa’ ALLAH kita sama-sama berkongsi untuk kebaikan bersama.

Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada kita samada ada hidupkan enjin atau tidak. Jika hidupkan enjin, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak. Jika tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidak tinggi sangat. Lagi satu faktor ialah jenis kenderaan. Pihak bengkel akan nasihatkan proses semuanya. Jadi pemilihan bengkel yang dipercayai juga merupakan faktor yang penting.

Kredit : kicappedas

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post