KUALA LUMPUR — Pahang membayangkan bakal mengikut langkah Terengganu mengenakan hukum4n sebat ke atas pesalah berkaitan les bian, g@y, bi s3ksual dan trans* gender (LG* BT).
Selepas Terengganu, dua lagi negeri yang akan turut melaksanakan hukuman Sebat kepada pesalah LG* BT |
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata perkara itu kini dalam perbincangan memandangkan pelaksanaan hukuman tersebut memerlukan penelitian mendalam.
Beliau berkata ia adalah wajar dan sokongan harus diberi bagi menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang membendung amalan LG* BT.
ARTIKEL MENARIK: Video Tun Mahathir hampir Rebah di Brunei tular, Namun..
“Kita menyokong (sebat) sebab ia melambangkan keindahan Islam, tapi masih belum diputuskan lagi…kita sedang melihat perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kembara Merdeka Hijrah 2018 di perkarangan pejabat JAIP di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan pasangan lesbian masing-masing berumur 22 dan 32 tahun masing-masing disebat enam kali selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta, pada 8 April lepas.
Hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia itu dipercayai yang pertama seumpamanya di negeri tersebut.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Noor berkata penguat kuasa agama di negeri ini masih meneruskan usaha dakwah kepada golongan kecelaruan jantina termasuk mak nyah yang dimulakan sejak enam tahun lalu.
“Setakat ini, kita ada kumpulan dari JAIP yang melaksanakan pelbagai aktiviti bersama Persatuan Insaf bagi mendekatkan golongan itu dengan Islam seterusnya membantu mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Selain itu, JAIP juga sedang merangka sebaran kesedaran awam dalam menghindari LG* BT melalui termasuk mewujudkan papan tanda di seluruh negeri.
“Kita ada papan tanda berkenaan peringatan jauhi maksi4t…dan kita tambah papan tanda berkenaan LG* BT.
“Kita akan sampai ke peringkat pelaksanaan (hukum4n) juga nanti jadi ia (dakwah) akan terus dilaksana sebagai peringatan kepada golongan terlibat menghentikan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah,” katanya. — Bernama
Tak perlu kaji proses sebatan – Mufti Kelantan
“TAK perlu dikaji semula proses sebatan pesalah undang-undang syariah,” tegas Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata, langkah terbabit tidak wajar dilihat semula memandangkan pelaksanaan hukuman itu tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Tegas beliau lagi, hukuman sebatan yang berlaku di Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu semalam adalah mengikut undang-undang syariah yang ditetapkan.
“Sekiranya hukuman sebat yang dijalankan bercanggah dengan undang-undang, maka ia wajar di kaji semula.
“Namun, jika kajian semula yang ingin dijalankan adalah bagi tujuan penambahbaikkan, mungkin ia boleh dilakukan,” katanya kepada NSTP, di Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamad Shukri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam yang mahu melihat semula aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah.
Menurut Mohamad Shukri lagi, pelaksanaan hukuman sebat itu dijalankan atas permintaan rakyat seperti yang dibincangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Apa yang diputuskan pada Sidang DUN adalah atas keperluan dan kehendak rakyat yang dibawa oleh wakil rakyat.
“Jadi, kerajaan perlu memahami latar belakang penubuhan enakmen setiap negeri sebelum mengkaji semula sesuatu perkara,” katanya.
Katanya lagi, masyarakat perlu memahami perbezaan antara hukuman sebat di khalayak ramai dan terbuka.
“Jika hukuman sebat dijalankan di tempat awam seperti padang atau pusat beli belah, maka ia bersifat khalayak ramai.
“Namun, jika ia dilaksanakan di kawasan mahkamah atau penjara, ia bersifat terbuka yang hanya disaksikan oleh orang tertentu. Jadi, ia adalah perkara yang berbeza,” katanya.
Mohamad Shukri turut menyatakan pendirian Kelantan dalam proses hukuman sebat ini sebagai proses biasa dan akan terus dilaksanakan di negeri itu bagi memberi pengajaran kepada pesalah undang-undang syariah.
“Proses sebatan ini bukan perkara baru di Kelantan, cuma ia tidak dihebahkan kepada media atau orang awam.
“Sebagai contoh, orang Islam yang didapati minum arak di Kelantan, akan disebat secara terbuka,” katanya.
Sumber: Hmetro via Express Viral
Post a Comment