Selepas Kontroversi Gaduh Dalam Bola Sepak Dan Futsal. Kali Ini Johor Dihimpit Satu Lagi Kontroversi SUKMA PERAK Melibatkan Acara Basikal. Ini Yang Terjadi

Skuad berbasikal Johor menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas acara berbasikal selepas Mohamad Saari Amri Abd Rasim memenangi acara lebuh raya 140 kilometer (km) lepas beramai-ramai lelaki dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19, hari ini.

Kejayaan Mohamad Saari, 20, itu yang mencatat masa 3 jam 24 minit 37.104 saat turut memecah dominasi skuad berbasikal Terengganu dalam acara tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Pelajar UIAM Desak Maszlee Letak Jawatan Segera. Ini Respond Maszlee Yang Memang Selamber Kepada Semua Pelajar

“Tiada kata dapat saya ungkapkan atas kemenangan ini, hanya puas. Kami dapat memecah dominasi Terengganu dalam acara ini. Seingat saya kali terakhir Johor mendapat pingat emas adalah dalamSukma 2002,” katanya.

Sukma: Johor tamatkan kemarau 16 tahun emas acara berbasikal

Perlumbaan tersebut bermula di Arena Batu Kurau dan berakhir di Dataran Warisan.
Saingan hari kedua acara berbasikal itu menyaksikan aksi penuh dramatik pada jarak 100 meter terakhir ke garisan penamat apabila berlaku pelanggaran melibatkan pelumba Johor, Muhammad Nurfitri Ammar Rusli, dan pelumba Terengganu, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim.

Susulan pelanggaran itu, Muhammd Shahmir terjatuh dan mengalami kecederaan manakala Muhammad Nurfitri putus rantai basikal dan terpaksa menolak basikalnya ke garisan penamat.

Sementara itu, ketua jurulatih berbasikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan, ketika ditemui berkata pihaknya telah membuat bantahan mengenai insiden berkenaan.
“Kami mendahului sejak 40km perlumbaan bermula sebelum penamat sehinggalah pada 100 meter terakhir, pelumba Johor ada himpit dia (Muhammad Shahmir Aiman) dan terkena tayar terus dia jatuh.

RAKAMAN KETIKA PELANGGARAN BERLAKU

PESERTA BASIKAL SUKMA SEDANG DIBERI RAWATAN

“Kami kalah kerana masalah teknikal disebabkan dihimpit, jadi kami buat bantahan 30 minit selepas tamat perlumbaan,” katanya.

Pingat perak acara berkenaan dimenangi Wan Abdul Rahman Hamdan dari Terengganu dengan catatan 3:24.37.119s manakala gangsa menjadi milik pelumba Wilayah Persekutuan, Muhamad Aliff Farhan Abu Samah, dengan catatan 3:24.37.469s. SUMBER : Stadium ASTRO

Update Terkini

Menurut satu sumber tidak rasmi pelumba basikal dari negeri Johor dikenakan denda RM100 dan diturunkan ke tangga terakhir. Adakah pingat emas akan ditarik? Samada benar atau tidak, kita tunggu laporan rasmi dari SUKMA 2018 Perak.

Sumber dan Kredit : KL Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post