PERSONALITI fesyen, Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor menyertai Parti Amanah Negara (PAN), hari ini sempena sambutan ulang tahun ketiga parti itu, di Temerloh.
‘Saya masuk PAN kerana mahu memperjuangkan agama’ – Wak Doyok |
Penyertaannya dalam parti itu diumumkan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Keahlian parti itu.
Wak Doyok berkata, dia sebelum ini adalah ahli PAS sejak tahun 1997 dan menyertai PAN kerana tertarik dengan keterbukaan parti itu dalam memperjuangkan konsep Islam untuk semua.
ARTIKEL MENARIK: Komposer Pak Ngah meninggal dunia
“Saya juga berminat menyertai PAN selepas melihat ia menarik ramai golongan profesional sama ada Melayu dan bukan Melayu.
“Justeru, saya mahu bersama-sama melakukan pembaharuan terutama dalam perjuangan Islam yang memberi rahmat kepada semua,” katanya ditemui di sini, hari ini.
Mohd Azwan yang juga pelakon dan usahawan berkata, antara perjuangan yang akan diperjuangkannya adalah memperkasakan ekonomi belia untuk ke satu tahap membanggakan dan memberi manfaat kepada orang muda pada masa hadapan.
“Saya adalah ikon Majlis Tindakan Ekonomi Belia Malaysia dan saya percaya dapat membantu dalam memperkasakan ekonomi orang muda menerusi PAN.
“Saya juga akan membantu parti menerapkan konsep perjuangan Islam untuk semua dengan mendidik masyarakat dalam aspek gaya hidup,” katanya.
Kredit : Wowberita
Post a Comment