Remaja perempuan ‘bisu’ selepas dinoda 12 lelaki selama lapan jam

Remaja perempuan ‘bisu’ selepas dinoda 12 lelaki selama lapan jam

Remaja perempuan ‘bisu’ selepas dinoda 12 lelaki selama lapan jam

Remaja perempuan ‘bisu’ selepas dinoda 12 lelaki selama lapan jam
Dari kiri, Manish, Nishu dan Pankaj yang juga anggota tentera, merupakan antara suspek yang dituduh menoda seorang gadis berusia 19 tahun.

MAHENDRAGARH, INDIA – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, dilaporkan tidak boleh bercakap selepas menjadi mangsa noda sekumpulan 12 lelaki, selama lapan jam.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa sedang menunggu bas di Mahendragarh bagi menghadiri kursus apabila dia dipercayai diberikan minuman yang dimasukkan dadah oleh individu yang dikenalinya sebelum dilarikan.

ARTIKEL MENARIK: TERKINI: Presiden Austria Ajak Para Wanita Memakai Hijab. ALLAHUAKBAR! Semoga Hidayah ALLAH Turun Kepada Mu


Menurut laporan The Times of India, mangsa dibawa menaiki kereta ke sebuah rumah sebelum beberapa orang lelaki lagi tiba dan menodanya secara bergilir-gilir.

Setelah mengharungi derita selama lapan jam, mangsa dihantar semula ke perhentian bas dan salah seorang suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa.


Mangsa lalu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan berikutan kecederaan di bahagian belakang badan, bahu serta alat sulitnya.

“Anak saya mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian leher, dia tidak mampu bercakap,” ujar ibu mangsa yang percaya kesakitan itu berpunca dari tindakan suspek yang mencekik anaknya.

Pegawai polis tempatan, Ashwini Kumar berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan pihaknya kini sedang menjejak kesemua suspek.

Gambar tiga dari suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini turut diedarkan dan salah seorang dari mereka merupakan anggota tentera. – Metro.co.uk

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post