Ramai lagi golongan miskin tak terima zakat! tindakan kerajaan PH beri zakat 10 golongan songsang terima kecaman!
Ramai lagi golongan miskin tak terima zakat! tindakan kerajaan PH beri zakat 10 golongan songsang terima kecaman! |
Kerajaan Pakatan Harapan melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membenarkan zakat diberikan kepada 10 golongan songsang seperti pelacur, lesbian, transgender, gay, homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboy dan orang bersekedudukan dengan bukan Islam. Golongan ini diletakkan di bawah Asnaf Al-Riqab.
Setahu saya Asnaf Al-Riqab (Hamba) bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu. Rujuk juga rencana Utusan Malaysia di bawah sebagai panduan.
ARTIKEL MENARIK: Sebat pesalah LGBT: Mujahid tak setuju negeri lain ikut Terengganu
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya bukan Ustaz dan Tahfiz. Oleh itu, keputusan yang dibuat kita terima sajalah. Walaupun golongan Asnaf yang sedia ada masih banyak yang belum menerima bantuan zakat. Maaf cakap tahun ini CTS tidak akan membayar zakat di Selangor atau LZS untuk mengelakkan duit CTS pergi kepada golongan-golongan ini.
Kesimpulannya, kenapa 10 golongan tambahan di atas layak menerima zakat di Selangor sahaja dan bukan di negeri lain? Anda sendiri ada jawapannya.
sumber : /khairulryezal.blogspot.com
8 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat
Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
- Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
- Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
- Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
- Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
- Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
- Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
- Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
- Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
apa pandangan anda? bincangkan
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment