Rakyat Malaysia Baru jangan harap wang percuma daripada kerajaan - Guan Eng

Rakyat Malaysia Baru jangan harap wang percuma daripada kerajaan - Guan Eng

Rakyat perlu bersikap realistik dengan tidak mengharapkan 'wang percuma' daripada Kerajaan Persekutuan ketika ini.

Rakyat Malaysia Baru jangan harap wang percuma daripada kerajaan - Guan Eng
Rakyat Malaysia Baru jangan harap wang percuma daripada kerajaan - Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kerana selepas empat bulan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara, mereka perlu 'merawat' pelbagai penyakit yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

ARTIKEL MENARIK: Selepas Sekian Lama Berdiam Diri Akhirnya Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Akhirnya Dedahkan Dari Mana Duit Yang Dirampas Dari Kediamannya, Tun Mahathir Juga Sepatutnya Tahu Dari Mana Asal usul Duit Itu. Tetapi…


16.jpg


Sehubungan itu, ujar beliau, rakyat perlu berkorban dan sedar kemampuan kewangan kerajaan yang terhad ketika ini menerusi pembentangan Belanjawan 2019 oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijangka 2 November depan.

"Beban hutang tinggi sehingga kerajaan tidak ada ruang untuk beri hadiah wang kepada rakyat.


"Kita harap rakyat berkorban seperti mana yang diperlukan,  malah Menteri juga dipotong gaji pada bulan pertama dilantik," katanya.

17.jpg


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di sini hari ini.

Dr. Mahathir hari ini menjelaskan Bajet 2019 yang akan dibentangkan beliau nanti sebagai bajet berhemah dan memerlukan pengorbanan seperti dilakukan beberapa negara yang berdepan krisis kewangan termasuk Greece.

Sementara itu, Guan Eng memberitahu, penjualan rokok di kedai makan dan minuman bawah nilai RM500, 000 dikecualikan SST.

18.jpg


Katanya, harga rokok ketika ini masih sama namun cukai perlu dibayar dan kelonggaran tambahan yang diberikan itu hanya membabitkan makanan dan minuman sahaja. - UTUSAN ONLINE


© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post