Pukul 6 Petang Beli Cincin, Pukul 10 Malam Dia Minta Putus. Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih Ditinggalkan Kekasihnya

Pukul 6 Petang Beli Cincin, Pukul 10 Malam Dia Minta Putus. Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih Ditinggalkan Kekasihnya

Kadang-kadang pasangan kita ni tak perasan atau tidak nampak effort yang diberikan oleh seseorang kepada diri mereka. Bersusah payah dan berpanas terik demi mengumpul secebis wang untuk menghalalkan diri mereka, semua itu tidak dihargai.

Pukul 6 Petang Beli Cincin, Pukul 10 Malam Dia Minta Putus. Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih Ditinggalkan Kekasihnya
Pukul 6 Petang Beli Cincin, Pukul 10 Malam Dia Minta Putus. Lelaki Ini Kongsi Kisah Sedih Ditinggalkan Kekasihnya

Dah tak ada perasaan lagi…

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang bernama Raf. Beliau berkongsi kisah sedihnya di Twitter dimana teman wanitanya meninggalkan dirinya. Apa yang menyedihkan lagi, pada petang hari kejadian beliau telah pun membeli sebuah cincin untuk meminang pasangannya.

Malang tidak berbau apabila pasangan Raf secara tiba-tiba minta putus tanpa alasan yang kukuh. Katanya hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Sedih dengan kenyataan itu, Raf meluahkan rasa kesal kepada pasangannya.

ARTIKEL MENARIK: Video : sedih & sayu anak perempuan pukul ibu kandung berusia 90 tahun









Excited nak beli cincin awal-awal

Menurut Raf, cincin itu dibeli kerana beliau ingin membawa keluarganya kerumah pasangan. Nak bagi kenal-kenal katanya. Bukan itu sahaja, malah Raf dan pasangan juga dah merancang untuk merisik pada bulan 1 tahun hadapan.



Segala penat lelah mengumpul duit, mengikat perut tidak dihiraukan demi pasangan yang tercinta. Alangkah sayangnya wanita itu tidak menghargai segala pengorbanan Raf. Berikut merupakan perbualan diantara Raf dan beberapa penjual cincin.







Sabar, ini semua dugaan..

Netizen yang membaca turut merasakan kesedihan yang dialami oleh Raf. Rata-rata mereka mendoakan agar dirinya berjumpa dengan seorang yang jauh lebih baik. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa ini semua petunjuk awal dari Allah.



Tuhan dah tunjuk awal



Walauapapun semoga Raf terus bersabar dengan dugaan ini. Mungkin ini ayat klise, tetapi percayalah bahawa anda akan berjumpa dengan seseorang yang jauh lebih baik pada masa akan datang. Bertabah bro!

Sumber: Muhdrafaen via https://www.ohmymedia.cc

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post