Pemandu Van tumbuk retak cermin kereta TPM Wan Azizah ditahan. Rupa2nya ini puncanya
Pemandu Van tumbuk retak cermin kereta TPM Wan Azizah ditahan. Rupa2nya ini puncanya |
**video diatas sekadar hiasan
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu van ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat pada kenderaan jenis Toyota Alphard milik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang, semalam di Jalan Tun Razak.
ARTIKEL MENARIK: ”Mengapa Gaji Minimum Tak Boleh Terlalu Tinggi?”, Baca Penjelasan Tun Mahathir
Menurutnya, dalam kejadian tersebut, telah berlaku kemalangan kecil antara Toyota Alphard yang dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri sendirian dengan sebuah van di simpang keluar sebuah bangunan.
“Akibat itu, pemandu van jenis Toyota Hiace itu tidak berpuas hati dan menurunkan tingkap.
“Pemandu van tersebut telah turun dari kenderaannya lalu terus menumbuk cermin hadapan Toyota Alphard tersebut hingga retak sebelum beredar,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM3,000.
Susulan itu, laporan telah dibuat dan polis telah menahan pemandu van berusia 42 tahun itu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi di Jalan Ampang.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
#AWANInews #ICYMI Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah https://t.co/HkZsjRVjsa pic.twitter.com/PSrXxq3pov
— Astro AWANI (@501Awani) 7 September 2018
Sumber: SH
Lelaki tumbuk cermin kereta TPM didenda RM1,000
KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan polis selepas menumbuk cermin kereta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Jalan Tun Razak, berhampiran Bangunan Intermark, di sini, petang kelmarin, diarah membayar denda berjumlah RM1,000.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Noor Azmi Yusoff, berkata denda itu dibayar suspek selepas dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.
“OKT (orang kena tuduh) sudah bayar denda RM1,000.
“Dia dituduh di kompleks mahkamah berkenaan, tidak direman,” katanya pada NSTP, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kereta yang dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan suspek.
Noor Azmi berkata, suspek yang juga pemandu van tidak berpuas hati kerana kenderaannya dilanggar sebelum bertindak menumbuk cermin hadapan kereta Timbalan Perdana Menteri.
Sumber: BH
Post a Comment