Pejuang LGBT marina beri peringatan pada Mahathir dan Menteri PH

Pejuang LGBT marina beri peringatan pada Mahathir dan Menteri PH

Pejuang LGBT marina beri peringatan pada Mahathir dan Menteri PH

Pejuang LGBT marina beri peringatan pada Mahathir dan Menteri PH
Pejuang LGBT marina beri peringatan pada Mahathir dan Menteri PH

KUALA LUMPUR: Aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir berkata beliau sudah tentu akan menegur Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan itu melakukan kesalahan.

Marina menjelaskan antara peranan kumpulan aktivis adalah memantau parti politik dan kerajaan kerana mereka mahukan kebertanggungjawaban.

ARTIKEL MENARIK: Kelantan miskin walaupun rakyatnya pandai – Tun M


“Saya hanya boleh bercakap bagi pihak kumpulan-kumpulan wanita lain. Kami mahu kerajaan ini berjaya kerana kita sudah berusaha keras untuk menukar kerajaan jadi kami harap teguran daripada kami diterima dengan baik,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan “Harapan Malaysia Baru” sempena hari kebangsaan di Bukit Damansara hari ini.

Beliau mengulas seruan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad kepada gabungan itu agar bersikap terbuka menerima kritikan lantaran kesukaran menunaikan janji-janji manifesto pilihan rayanya.


Dr Mahathir berkata banyak perkara yang dijanjikan dalam manifesto itu kerana beranggapan Barisan Nasional tidak akan tumbang, dan gabungan itu kini menghadapi kesukaran melaksanakannya kerana tiada pengalaman mentadbir negara.

Marina sambil tertawa berkata kumpulan aktivis nampaknya tidak teragak-agak untuk membidas PH dan para menteri.

“Kami sangat lantang kerana kami mahu kerajaan ini berjaya,” katanya, yang juga anak kepada Dr Mahathir.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata beberapa janji daripada manifesto dapat ditunaikan dan PH akan memastikan janji-janji pilihan raya lain dilaksanakan. Antara 10 janji 100 hari PH ialah menghapuskan hutang peneroka Felda, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.-freemalaysiat0day

dalam artikel sebelum ini Marina dikritik kerana lantang pertahankan LGBT ikuti artikel penuh dari sinar harian

BUKIT MERTAJAM – Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal menyelar kenyataan yang dikeluarkan Marina Mahathir agar Komuniti LGBT diberi hak sama rata seperti orang lain.

Ketuanya, Mohd Norhiesam Ismail berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menangis menemui tokoh ulama dan cendekiawan Islam dan dalam pertemuan itu beliau mengatakan bagaimana umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai rujukan.

Namun Mohd Norhiesam berkata, selang beberapa hari kemudian Marina dengan lantangnya meminta hak sama rata bagi golongan LGBT.

“Adakah kerana ayahnya kini kembali bergelar perdana menteri maka Marina semakin berani menongkah arus memperjuangkan budaya hidup songsang yang bakal merosakkan negara ini.

“Harus diingat, bukan agama Islam sahaja yang menolak budaya songsang ini tetapi Hindu, Buddha, Sikh dan agama-agama lain turut menolak LGBT,” katanya di sini semalam.

Mohd Norhiesam berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berperlembagaan dan Islam adalah agama rasmi, maka perjuangan yang dibawa Marina ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran semua agama dan tidak seharusnya diteruskan.

Katanya, desakan dan tekanan diberikan terhadap kepimpinan negara termasuk pejuang hak LGBT di negara ini bagi memenuhi tuntutan adalah tidak berasas kerana golongan berkenaan perlu ditangani dengan tegas walaupun yang memperjuangkannya adalah anak kepada seorang perdana menteri.

“LGBT ini adalah satu simptom penyakit sosial yang jika tidak dibendung akan memporak-perandakan sistem budaya bangsa dan mengikis nilai negara.

“Isu LGBT harus dilihat dari sudut yang lebih besar iaitu sudut nilai kenegaraan untuk negara. Ini kerana kita tidak mahu melihat negara mencapai kemajuan dengan mengorbankan nilai,” katanya.




MAKLUMAN : VIDEO SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA



Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post