Nurul Shafira Kongsikan Cara Yang Sebenar Jika Nak Buat Biskut Choc Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi. Gaul Pakai Senduk Je, Sedap Yang Amat Beb!

Nurul Shafira Kongsikan Cara Yang Sebenar Jika Nak Buat Biskut Choc Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi. Gaul Pakai Senduk Je, Sedap Yang Amat Beb!

Siapa tak kenal dengan biskut Famous Amos, kan? Yang paling popular dah tentu biskut cip coklatnya. Sekali makan memang boleh tak boleh berhenti. Tahu-tahu dah terus habis sepaket. Tak pernah cukup nak disimpan!

Nurul Shafira Kongsikan Cara Yang Sebenar Jika Nak Buat Biskut Choc Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi. Gaul Pakai Senduk Je, Sedap Yang Amat Beb!
Nurul Shafira Kongsikan Cara Yang Sebenar Jika Nak Buat Biskut Choc Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi. Gaul Pakai Senduk Je, Sedap Yang Amat Beb!

Biskut macam ni bukan saja Hari Raya yang laku, hari biasa pun best makan di rumah. Siapa yang minat sangat dengan biskut ni, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.

Kalau ikut resepi Nurul Shafira ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.

ARTIKEL MENARIK: Burger Sotong Cheese Neleh jadi fenomena di Marang


Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.

RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS
1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. (Saya guna 300g)


16.jpg


3. Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

17.jpg


5. Masukkan Dalam Oven

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.

Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.

18.jpg


Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!

Selamat mencuba.



*Resepi biskut Famous Amos ini disumbangkan oleh Nurul Shafira menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Sumber artikel : https://siraplimau.com/resepi-biskut-famous-amos-mudah-rangup/
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post