Lelaki pukul awek dicop ‘Dayus of the Year’, mangsa suruh netizen diam kerana dia tibai bersebab

Lelaki pukul awek dicop ‘Dayus of the Year’, mangsa suruh netizen diam kerana dia tibai bersebab

PETALING JAYA: Video tular yang memaparkan lagak samseng seorang lelaki sedang memukul teman wanitanya ternyata menimbulkan kemarahan netizen.

Lelaki pukul awek dicop ‘Dayus of the Year’, mangsa suruh netizen diam kerana dia tibai bersebab
Lelaki pukul awek dicop ‘Dayus of the Year’, mangsa suruh netizen diam kerana dia tibai bersebab

Video berkenaan yang dimuat naik di Instagram dan kemudian disebarkan ke Twitter sejak Ahad lalu menerima lebih 17,000 ulang kicau (Retweet).

“Siapa Kenal s**l ni? Apa la**au kau lenjan anak orang sampai macam tu sekali gam***g? Ini la lelaki Dayus of The Year and paling s**l aku tengok,” tulis individu yang memuat naik video tersebut.

Berang dengan apa yang disaksikan, netizen bertindak pantas membuat siasatan sendiri sebelum mendedahkan identiti si pelaku dan mangsa sehingga ia sekali lagi mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL MENARIK: Niat Baik Untuk Menolong Anak Anjing Yang Terbiar Tiba Tiba Lintang Pukang Mereka Cabut Lari


Susulan ‘siasatan’ itu, lelaki dalam video berkenaan memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan kekasihnya.

1662f5c8b9504db7bbf60142e4b8b209.ashx?la


Paparan skirn penjelasan lelaki tersebut yang dimuat naik di Instagram.

Menurut lelaki itu, dia sudah pun memohon maaf daripada keluarga teman wanitanya dan meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan lagi.

Tambahnya, dia juga sudah menyedari kesilapan itu dan tekad untuk tidak menyentuh mana-mana individu lain secara kasar selepas ini.

Sementara itu, menerusi satu lagi paparan skrin yang disebarkan, mangsa turut membuat penjelasan dan mempertahankan tindakan teman lelakinya.

“Family aku dah maafkan. Bukannya tibai korang. Dia tibai aku bersebab. Korang tak tahu diam-diam lah,” tulisnya di ruangan komen.


Menerusi Insta Story pula, dia sekali lagi membuat penjelasan dan merayu supaya video berkenaan dipadam dan tidak disebarkan lagi.

8779845e20a244408ee984284d4fc4d9.ashx?la


Sebuah akaun Instagram dipercayai milik gadis itu yang tampil mempertahankan tindakan teman lelakinya.

Hasil carian bagaimanapun menunjukkan kedua-dua mereka sudah pun mengubah nama laman sosial masing-masing setelah identiti mereka mula didedahkan di Twitter.

Selain itu, seorang pengguna Twitter turut mendedahkan nombor telefon lelaki berkenaan. Namun, usaha mStar Online untuk menghubunginya gagal.

Biarpun kes tersebut didakwa sudah selesai di antara kedua-dua belah pihak, kes tersebut masih hangat diperkatakan di Twitter sehingga hari ini.

Selain kaum wanita sendiri, golongan lelaki turut bersuara mengenai perilaku lelaki terbabit dalam video berkenaan yang disifatkan tidak wajar dan dayus.

“Jangan cari laki panas baran takde otak macam ni ye kaum wanita. Ni depan orang ramai dia boleh bantai. Belakang berdua je nanti pun lagi lah,” tulis @Adbshukrie.

“Lelaki macam ni tak layak kahwin di usia muda, kalau time bercinta pun dah macam ni.. kita doakan yang baik agar dia berubah di masa akan datang, okay?,” tulis @JejakaNeon.

“Lelaki dayus.. wanita tu insan yang lemah, memang dilahirkan dengan sifat kelembutan. 

Kalau sebelum kahwin dah layan macam ni, tak mustahil selepas kahwin sama sifatnya,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Siapa Kenal Sial ni?Apa lancau kau lenjan anak orang sampai macam tu sekali gampang?Ini laa lelaki Dayus of The Year and paling sial aku tengok,dia curang ke dia game kau ke kau siapa gampang nak tibai perempuan macam tu,Sapa sapa kenal tolong kirim salam fuck dahi kat dia ni pic.twitter.com/b8NNq4tLpa
— PanggilFaeezbukanAez (@stylofaeez98) September 24, 2018
sumber: mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post