Lelaki ini hampir di te tak. Setelah diselidiki, ini sebenarnya yang terjadi
Lelaki ini hampir di te tak. Setelah diselidiki, ini sebenarnya yang terjadi |
Tular sebuah video dimana berlaku pergaduhan kecil antara seorang 2 pemuda.
Melalui video yang dikongsi, pada mulanya berlaku perbalahan mulut antara mereka, secara tiba2 lelaki berbaju merah (ber vas hijau) tersebut berang dan hampir menumbuk pemuda berbaju putih tersebut tetapi dapat dihalang oleh seorang pegawai.
Kerana tidak berpuasa hati, tiba2 kawan kepada lelaki berbaju putih tersebut mengeluarkan kayu dan sebilah parang panjang dan cuba mengugut dan seakan mahu menetak belakang lelaki berbaju merah (ber vas hijau) tersebut.
Keadaan yang cemas itu cuba dihalang oleh pemuda berbaju putih . Punca pergaduhan masih menjadi tanda tanya, rata2 netizen mengencam tindakan pelaku video ini.
ARTIKEL MENARIK: Berang dihidangkan dengan ayam busuk, tindakan lelaki ini buat pekerja mamak ini bisu
Video:
Video sebelum itu:
Kau tetak OKU sampai putus urat tangan’
Dalam kejadian lain, akibat rakannya menegur mat rempit, seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) parah selepas ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah kedai makan di Taman Permai di Kuala Selangor, hari ini.
Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun yang cacat badan kanan akibat kemalangan jalan raya ditetak hingga urat pergelangan tangan kirinya putus.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa bersama lima rakannya berada di kedai berkenaan, kira-kira jam 2 pagi.
“Salah seorang rakan mangsa kemudian menegur sekumpulan lelaki yang berlumba motosikal di depan gerai itu sehingga kumpulan berkenaan bersurai.
“Namun, kira-kira jam 5 pagi, dua motosikal iaitu jenis Yamaha LC 135 dan Yamaha Lagenda dinaiki empat lelaki tiba di lokasi itu sebelum dua pemboncengnya yang menutup muka dengan baju menyerang mangsa.
“Seorang suspek bersenjatakan parang bertindak menetak mangsa, manakala lima rakan lain sempat lari menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi NSTP, malam tadi.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menerima rawatan lanjut.
Kata Md Asri, beberapa suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan pihaknya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan tidak menularkan kejadian itu sehingga boleh mencetuskan ketegangan.
Sumber: hmetro
Post a Comment