Baru-baru ini Elfira Loy ada memuatnaik foto di samping seorang lelaki misteri di tepian pantai. Foto berkenaan membuatkan ramai tertanya-tanya kerana hanya menunjukkan sebahagian wajah lelaki berkenaan tanpa keterangan dan status jelas hubungan mereka.
Kenal Ramadan Lalu, Elfira Loy Kini Tunangan Anak Datuk? Lihat Komen Ikhlas Suffian Suhaimi |
Elfira ketika dihubungi Berita Harian menafikan gambar berkenaan adalah sebahagian gimik atau strategi pemasaran namun tidak memberi penjelasan lanjut mengenai jejaka berkenaan.
ARTIKEL MENARIK: Padah enggan mohon maaf, Ini tindakan yang bakal Aishah ambil ke atas Dato Vida. Baru bertemu buku dengan ruas
Majlis kecil, tertutup
Menurut portal hiburan Astro Gempak, aktres kecil molek itu dikatakan selamat menjadi tunangan kepada seorang lelaki bernama Muhamad Faris Khairul Anuar yang juga merupakan anak seorang Datuk, kira-kira 9 pagi tadi.
Menurut portal itu lagi majlis yang diadakan di rumah Elfira dilakukan secara intim dan kecil-kecilan di Alam Damai, Kuala Lumpur.
Menurut sumber, mereka berdua hanya baru beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing. Muhamad Faris berusia 27 tahun manakala Elfira, 24 tahun.
Kenal Ramadan lalu
Menurut sumber lagi, majlis tertutup itu hanya dihadiri keluarga rapat sahaja. Perkenalan kedua-dua mereka dikatakan bermula bulan puasa lalu.
Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum.
Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang. Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk.
Sumber: Astro Gempak
“Tahniah semoga sampai syurga…,” komen ikhlas Sufian mengenai pertunangan Elfira
Sufian komen pertunangan Elfira Loy dengan usahawan. Foto EHSAN Astro Gempak.
PENYANYI Sufian Suhaimi tidak mengetahui mengenai pertunangan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy dengan seorang lelaki bernama Faris yang didakwa berlangsung pada pagi Ahad.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Di Matamu itu mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut bahagia jika khabar itu benar.”Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah.”Semoga bahagia sampai syurga,” ujarnya kepada mStar Online, di sini.
Sufian berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah portal hiburan bahawa pelakon berkenaan selamat mengikat tali pertunangan dengan Faris Khairol Anuar kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Menurut laporan itu, majlis merisik dan bertunang itu diadakan secara tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.
Hubungan Elfira, 24, dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.\
Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa artis yang juga rakan baik Elfira.
Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu.
Hubungan Elfira dengan jejaka itu mula dihidu beberapa bulan lalu.
Elfira Loy Nafi Muatnaik Foto Lelaki Misteri Satu Gimik, Ben Ali Nafi Jejaka Itu Dirinya
Kisah tali pertunangan Elfira Loy dengan seorang penyanyi yang kecundang di tengah jalan mendapat liputan meluas media tidak lama dulu. Kedua-dua mereka dilihat sudah move on dan meneruskan karier masing-masing sekaligus melupakan episod berkenaan.
Semalam, Elfira memuatnaik sekeping foto jejaka misteri di tepian pantai dipercayai diambil ketika mereka pergi bercuti. Wajah lelaki itu hanya dari sudut sisi menambahkan lagi elemen misteri dan mengundang tanda tanya peminat.
Mungkin raut wajah sama tapi tegaskan bukan dia
Tidak semena-mena, nama pelakon dan ahli perniagaan, Ben Ali dikaitkan sebagai individu dalam foto berkenaan.
Pun begitu, Ben tidak melatah dengan dakwaan terbabit dan tidak menolak kemungkinan wajah mereka mempunyai iras sehingga menyebabkan netizen mengaitkannya dalam isu ini. Bagaimanapun Ben bertegas individu itu bukan dirinya kerana dia sudah bertunang dengan pelakon Singapura, Nadiyah Shahab dan akan bernikah November ini.
Mungkin kerana raut wajah kami yang dikatakan hampir seiras, membuatkan ramai menganggap jejaka itu adalah saya. Tetapi, ingin saya tegaskan di sini, jejaka itu bukan saya.
Kami akan bernikah pada 10 November di Singapura, disusuli majlis resepsi di ibu kota pada 17 November.
Elfira nafi gimik
Turut tersebar di laman sosial adalah foto Elfira dengan jejaka sama di meja makan seperti dipaparkan di IG story Makcik Puaka. Usaha Berita Harian untuk mendapatkan komen lanjut mengenai status lelaki berkenaan tidak membuahkan hasil.
Dia lebih selesa merahsiakan perkara itu terlebih dahulu dan menolak kemungkinan sedang melakukan sebarang gimik untuk mana-mana produk.
Saya tak mainlah gimik sebegitu. Tidak ada apa lagi yang perlu dikongsi.
Foto berkenaan dimuatnaik Elfira semalam dengan kapsyen ‘Buang kebencian dan lahirlah kebahagiaan’ itu meraih lebih 100k likes dan komen yang bertanyakan siapa lelaki disampingnya itu.
Post a Comment