Kemungkinan besar 9 projek pembinaan masjid terpaksa di batalkan

Kemungkinan besar 9 projek pembinaan masjid terpaksa di batalkan

Sebelum ini Kementerian Kewangan yang diketuai Menterinya Lim Guan Eng telah membatalkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu melalui Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk membina Masjid baru di Saujana Puchong. Rujuk di sini.

Kemungkinan besar 9 projek pembinaan masjid terpaksa di batalkan
Kemungkinan besar 9 projek pembinaan masjid terpaksa di batalkan

Semalam tular lagi satu surat rasmi KERAjaan Pakatan Harapan (PH) dari Jabatan Perdana Menteri menangguhkan 9 lagi projek untuk membina dan menaiktaraf masjid di Pulau Pinang.

Mengejutkan apabila surat rasmi tentang pemberitahuan tentang penangguhan tersebut adalah bertarikh 31 Mei 2018 iaitu 22 hari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

ARTIKEL MENARIK: “Buat Report Kalau Berani”. Respon Balas Amar Singh Bila Dituduh Polis Curi Wang Dari Pavillion Resident


Ketua UMNO Bahagian Bagan, Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin di facebook peribadi miliknya mengatakan, semua projek-projek pembangunan baru dan naiktaraf masjid sudah empat bulan ditangguhkan sehingga sekarang tidak dengar khabar berita.

Projek-projek tersebut adalah;
  1. Cadangan membina Masjid Qaaryah Bandar Tasek Mutiara, Niong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang;
  2. Cadangan meroboh dan membina baharu Masjid Jamek Prai, Pulau Pinang;
  3. Cadangan meroboh dan membina semula Masjid Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang;
  4. Cadangan meroboh dan membina semula Masjid Al Qahhar, Batu Maung, Pulau Pinang;
  5. Cadangan membina dewan solat sementara Masjid Al-Qahhar di atas tapak kosong pondok polis Permatang Damat Laut, Batu Maung, Pulau Pinang;
  6. Cadangan membina ruang niaga Masjid Maqbul, Qaryah Teluk Kumbar, Pulau Pinang;
  7. Cadangan membina bangunan baharu Sekolah Agama Al Saadah Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang;
  8. Cadangan meroboh dan membina baharu kelas KAFA Masjid Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang;
  9. Menaiktaraf dan membina baharu bangunan tambahan Sekolah Agama Rakyat Saadatul Darain Simpang Empat, Permatang Buluh, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Surat yang ditandatangani Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah itu bagaimana pun tidak menyatakan sebab-sebab mengapa projek untuk kepentingan agama Islam itu ditangguhkan. – AbuLeman

42582165_2120850724592181_11619540656434


42521859_2120852981258622_68095155135892


dalam masa yang sama menurut blog abuleman.blogspot.com Kerajaan PH juga turut batalkan dana bina  masjid di Saujana Puchong

MENYEDIHKAN apabila KERAjaan Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan membatalkan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk pembinaan Masjid Saujana Puchong.

Satu surat rasmi dari yang ditandatangani oleh Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman menyatakan Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Menterinya, Lim Guan Eng telah membuat keputusan untuk membatalkan pembinaan Masjid tersebut.



Maklumat dari penduduk Taman Saujana Puchong, sekurang-kurangnya RM3 juta peruntukan telah diluluskan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Kerja-kerja pembinaan masjid sepatutnya dimulakan pada penghujung tahun atau selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan.

Namun BN mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu sekaligus masjid ini juga mengalami nasib yang serupa apabila dana yang telah diluluskan, dibatalkan serta merta atas alasan yang tidak munasabah.

Surat bertarikh 12 September 2018 itu bagaimanapun tidak memaklumkan bilakah peruntukan seterusnya akan diganti melainkan hanya sekadar permohonan maaf kerana telah menyulitkan keadaan.

Seorang penduduk di sekitar sana, Khairun Azman memaklumkan, sebelum ini selama 10 tahun di bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Menteri Besarnya Azmin Ali, tiada satu pun masjid yang dibina walaupun telah banyak permohonan dibuat sehinggakan ahli jawatankuasa masjid bersama penduduk setempat terpaksa meminta sumbangan daripada orang ramai dan meminta bantuan daripada pemimpin dari parti BN, barulah dana untuk pembinaan masjid dapat dikumpulkan.

Malangnya dana yang sepatutnya diterima oleh mereka dibatalkan oleh KERAjaan PH dan masjid idaman yang ditunggu selama 10 tahun itu lebur begitu sahaja.

Bagi mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Masjid Saujana Puchong, boleh disalurkan ke akaun berikut:

Nama Akaun: Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Saujana Puchong
No Akaun BIMB: 12261010001925

surat-batal-dana-masjid.jpg


sumber : http://abuleman.blogspot.com


Credit :  HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post