Jalan ini dihuni oleh makhluk halus hingga menyebabkan banyak kemalangan. Ustaz ini tanya Jin mengapa ganggu manusia disitu, tapi jawapan Jin ini boleh buat bulu roma meremang

Jalan ini dihuni oleh makhluk halus hingga menyebabkan banyak kemalangan. Ustaz ini tanya Jin mengapa ganggu manusia disitu, tapi jawapan Jin ini boleh buat bulu roma meremang

Jalan ini dihuni oleh makhluk halus hingga menyebabkan banyak kemalangan. Ustaz ini tanya Jin mengapa ganggu manusia disitu, tapi jawapan Jin ini boleh buat bulu roma meremang

Jalan ini dihuni oleh makhluk halus hingga menyebabkan banyak kemalangan. Ustaz ini tanya Jin mengapa ganggu manusia disitu, tapi jawapan Jin ini boleh buat bulu roma meremang
Jalan ini dihuni oleh makhluk halus hingga menyebabkan banyak kemalangan. Ustaz ini tanya Jin mengapa ganggu manusia disitu, tapi jawapan Jin ini boleh buat bulu roma meremang

Memang setiap kemalangan yang berlaku dijalan raya adalah disebabkan oleh anasir jin yang berada disitu. Sukar nak digest dan sukar nak dipercayai. Mudah aja untuk jin nak bagi kita accident. Kawal dua atau tiga kenderaan sekali gus, dimana syaitan ini kan akan hasut setiap pemandu yang benda ni nak bagi accident untuk berada disatu tempat yang sama pada satu masa. Ada juga kes accident sebab tergelincir sebab jalan basah, itu pun tetap ada syaitan yang menghasut pemandu untuk memandu laju ditempat tersebut dimana air bertakung disitu.

Disertakan adalah keratan akhbar jalan maut yang ada dimalaysia. Salah satu jalan tersebut. Banyak lagi jalan jalan yang bermasalah yang sama dimana banyak berlakunya kemalangan maut walaupun jalan itu Nampak sangat selamat dan lurus.

ARTIKEL MENARIK: Yakinlah Dengan Kekuatan Asmaul Husna Khas Buat Anak-Anak Yang Akan Tempuh Peperiksaan, Sokongan Mudah Tapi Amat Bermakna Dari Ibu Dan Ayah Boleh Buat Hanya Dari Rumah!


Kemungkinan pernah berlaku kepada anda kejadian hampir accident berlaku berturutan pada suatu hari (near missed accident) dan akhirnya pada hari yang sama atau hari berikutnya anda akan tetap accident. Saya pernah alami banyak kali masalah sebegini akan tetapi Alhamdulillah saya tahu caranya untuk belasah jin yang terlibat dalam nak bagi saya saya accident selepas kejadian near accident event.

Berikut adalah ringkasan mudah untuk para pembaca fahami berkenaan accident.

Setiap kemalangan adalah berpunca daripada makhluk halus. (mostly ada unsur syaitan ditempat lokasi nahas dan juga bantuan jin yang sedia ada didalam diri).

Setiap kali anda terlibat dalam kemalangan, maka aka nada syaitan daripada tempat lokasi nahas akan menyelinap masuk dalam diri anda dan akan menyebabkan kemalangan yang akan datang. Jika anda selamat, ada kemungkinnan next accident akan meragut nyawa anda pula.

Kes syaitan menyelinap masuk semasa kemalangan menjelaskan fenomena ada orang yang boleh bertutur pelbagai bahasa tanpa belajar bahasa tersebut.

Banyak gambar gambar diinternet menunjukkan gambar gambar syaitan ini dirakam dilokasi nahas nahas kemalangan. Silalah google sendiri.




20120620131637lfgk.jpg


Kebiasaannya sesentengah tempat di jalan raya dan  lebuh raya akan dikaitkan dengan cerita hantu kerana percaya bahawa roh-roh terkorban yang maut gara-gara insiden kemalangan di beberapa kawasan highway tersebut menghantui lokasi berkenaan.

Sebuah video tular di media sosial apabila penduduk melaporkan jalan tersebut banyak berlaku kemaangan dan pengguna jalan raya juga sering digangu.

Seorang Ustaz bersama pasukannya turun menyiasat dakwaan penduduk tersebut dan mendapati terlalu banyak jin dan makhluk halus yang menghuni dikawasan tersebut mengagangu manusia. Lihat jawapan2 jin tersbeut mengapa mereka menggangu manusia apabila ditanya
VIDEO 1:


Posted by Cokman Gats on Saturday, 22 September 2018
Video 2:


Posted by Cokman Gats on Saturday, 22 September 2018
Pemandu disaran tunai solat hajat jika ‘diganggu’

KEKERAPAN kemalangan yang berlaku di lebuh raya ada juga berkait dengan gangguan jin kerana kawasan seperti hutan, lautan dan gunung-ganang sememangnya diketahui sebagai tempat tinggal makhluk halus.

Jurucakap Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia, Mohd Zaki Zulkifli berkata, gangguan jin berlaku disebabkan oleh sihir, saka atau kawasan tempat tinggalnya diganggu.

“Lebuh raya sebelumnya sudah tentu hutan, hutan antara kawasan tempat tinggal jin. Saya tidak mengatakan lebuh raya tertentu cukup sekadar umum,” katanya.

Mohd Zaki juga bekas Exco Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia yang diasaskan pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus.

Mohd Zaki berkata, sekiranya terdapat gangguan di kawasan lebuh raya, rawatan biasa yang akan dijalankan ialah dengan mengadakan solat hajat dan ia boleh dilakukan di mana-mana.

“Lebuh raya itu panjang, kita tidak tahu lokasi mana yang dikatakan kerap berlaku gangguan itu, jadi cukup sekadar adakan solat hajat, tak perlu baca Yasin di tepi lebuh raya,” katanya.

Menurutnya, selain solat hajat ada beberapa kaedah digunakan dalam rawatan Islam Persatuan Perubatan Islam DarusSalam, termasuk menggunakan air dan bacaan Yasin.

Anggap kemalangan sebagai ujian ALLAH, bukan gangguan makhluk halus


Karak

PENSYARAH Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Kamaruzaman Yusoff menyangkal dakwaan kononnya kes-kes kemalangan yang berlaku di lebuh raya dan jalan lama Karak disebabkan unsur mistik.


Menurutnya, di dalam al-Quran tiada istilah makhluk halus namun yang ada hanya jin, syaitan dan malaikat.

“Di dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 56, Allah berfirman: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu”.

“Ini bermaksud persamaan antara kita dan makhluk halus (jin) untuk beribadah kepada ALLAH dan bezanya kita hidup di alam yang berbeza,” katanya.

Dr Kamaruzaman berkata, tidak dinafikan ada yang pernah melihat makhluk halus menyerupai manusia, sehingga ia menyimpulkan bahawa jelmaan itu adalah hantu.

Namun, sebenarnya itu adalah jin atau syaitan, kerana mereka juga mampu menyerupai seseorang.

“Kita sebagai manusia kena mempercayai kewujudan makhluk halus sebagai tanda kebesaran ALLAH ,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan umat Islam supaya sentiasa percaya bahawa setiap kejadian kemalangan yang berlaku merupakan ujian Tuhan.

“Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Karak bukanlah gangguan dari makhluk halus namun ini adalah ujian dan dugaan yang datangnya daripada ALLAH SWT.

“Dalam konteks ini, sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa berdoa untuk memohon sesuatu agar semua dipelihara daripada kemalangan maut di lebuh raya tersebut,” katanya.

8 Lebuh Raya Paling Berhantu Di Malaysia


8 Lebuh Raya Paling Berhantu Di Malaysia


Kebiasaannya lebuh raya akan dikaitkan dengan cerita hantu kerana percaya bahawa roh-roh terkorban yang maut gara-gara insiden kemalangandi beberapa kawasan highway tersebut menghantui lokasi berkenaan.

Apakah perkara itu benar? Jom lihat 8 lebuh raya paling berhantu dan ditakuti ramai masyarakat di Malaysia!

#1 Lebuhraya Tangkak – Muar (Plus)

Pada tahun 2012, sebuah persatuan bangsa Cina di daerah Tangkak/Muar telah mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk menutup laluan lebuhraya di kedua-dua arah bagi menjalankan satu ritual “membersihkan” kawasan tersebut dari gangguan mahklus halus dari terus mengganggu pengguna lebuhraya terbabit, dan beberapa wartawan dari syarikat penerbitan tempatan juga turut dijemput bagi melaporkan “peristiwa” berkenaan. Dengan kerjasama dari pihak Polis, mereka mula menutup laluan terbabit pada jam 11 malam, bersesuaian dengan masa untuk hantu bergerak secara aktif dan akan memudahkan “kerja-kerja” mereka. Ritual “pembersihan” itu turut melibatkan dua lagi bangsa pengamal perubatan, iaitu wakil dari Melayu dan India, masing-masing dikatakan mampu untuk berinteraksi dengan makhlus halus.


20160808150840501.jpg

Foto hiasan. Sumber: Google Images

Menurut laporan seorang saksi yang turut berada di lokasi, segala perancangan mereka untuk menjadikan laluan tersebut “bebas” dari sebarang kekacauan jin dan hantu, tidak berjalan dengan sempurna, senang kata, tidak berjaya. Salah seorang anggota polis yang bertugas telah meninggal dunia, akibat dirasuk oleh makhluk halus terbabit, dan bomoh berbangsa Melayu yang membantu polis itu turut mati bersama. Sejurus kejadian tersebut, mereka semua memutuskan untuk beredar dari situ dengan secepat mungkin bagi mengelak dari kemungkinan perkara yang lebih buruk akan berlaku.

#2 Lebuh Raya Gurun (PLUS)


4-1.jpg

Sumber: Google Images

Katanya pernah berlaku kepada satu keluarga Cikgu bahasa Arab yang baru balik dari bercuti di Cameron Highland. Tiba2 anak saudaranya dia yang umur 2 tahun menangis tak terus-menerus. Pujuk pun dia tak mahhu diam dan ini berlaku lepas masuk ke Highway Gurun ni. Lebih seram lagi apabila kereta yang dipanadu tiba-tiba jadi luar biasa berat. Masa berhenti di kawasan rehat gurun, Isteri cikgu tersebut sempat merakam foto. 
Dalam gambar tu kelihatan seorang wanita berkebaya merah. Menurut cerita orang-orang di situ, makhluk yang terakam bersama dalam foto misteri berkenaan adalah entiti yang digelar hantu berkebaya merah. Ia memang wujud dan selalu ganggu pengguna lebuhraya tu. Ada saksi mengatakan ada kemalangan yang berlaku sebab mengelak makhluk berkebaya merah ini. Wallahualam.

#3 Bukit Putus, Negeri Sembilan

Jalan bengkak-bengkok seperti ular kena palu merupakan laluan paling seram pada waktu tengah malam di Malaysia. Bukit Putus pernah menjadi lokasi banyak kemalangan dan aktiviti jenayah, antaranya mayat dicampak ke dalam gaung.

Antara kisah seram yang berlaku di sini adalah pemandu yang terserempak dengan sekumpulan orang sedang mengusung keranda. Jika bernasib baik, anda akan ternampak wanita mendukung anak di tengah jalan dan ada pula orang lain yang melihat seorang wanita berjalan dengan tiga orang kanak-kanak.


image-3.jpg

Sumber: Sinar Harian

“Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu, saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai habis bertugas. Saya gerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dari Seremban.

“Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya.

“Hinggalah, pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.

Perasaan ketika itu, hanya ALLAH SWT yang tahu. Takkanlah, jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu itu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu.” kata Shahrudin Abd Halim.

#4 Lebuh Raya Karak, Pahang

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

Terdapat pelbagai kisah misteri dan seram mengenai lebuhraya ini yang dikatakan berhantu. Antaranya paling popular kisah VOLKSWAGEN KUNING.


Lebuhraya-Karak-Pahang.jpg

Sumber: Google Images

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..Kereta ini akan memotong kereta anda dan selepas itu dia akan bawa perlahan tanpa pemandu di dalamnya.
Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

#5 Lebuhraya Pedas/Linggi – Simpang Ampat [Plus]

Lebuhraya yang di katakan misteri ini adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi hingga ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan mangsa mengenai kejadian terserempak dengan makhluk halus atau lembaga yang melintas di lebuhraya ini, atau lelaki tua yang berbasikal, dan kebanyakkan kisahnya berlaku di sekitar waktu 1 – 4 pagi.


20160808150840433.jpg

Foto hiasan. Sumber: sini.com.my

Antara kisah mangsa yang pernah mengalami pengalaman seram di lebuhraya ini adalah, seorang lelaki yang membuat perjalanan dari Melaka ke Bangi, dengan menaiki motosikal, beliau meredah malam melalui lebuhraya tersebut pada sekitar jam 2 pagi. Kira-kira di KM 230, terdapat sebuah kereta Iswara Sedan putih di hadapannya yang bergerak begitu perlahan. Dengan perasaan sedikit gementar, beliau memotong kenderaan di hadapannya dan terbau sesuatu yang begitu busuk. Ketika memotong Iswara putih itu, beliau sempat menjeling ke arah kereta tersebut dan apa yang dilihatnya, adalah sebuah kereta yang telah remuk teruk [total loss] bergerak tanpa pemandu.

#6 Lebuh Raya Persekutuan


20160808150840231.jpg

Sumber: Google Images

Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan terkenal dengan bahayanya terhadap penunggang motosikal. Ianya gelap, sempit, tidak diselenggarakan dengan baik. Banyak benda-benda tajam seperti paku berada di atas jalan tersebut. Sikap penunggang motosikal juga adalah antara penyumbang tegar kepada statistik kemalangan.

#7 Lebuh Raya Lipis Merapoh

Lebuh Raya Merapoh seringkali dikaitkan dengan kemalangan bas express. Pada 23 November, 2003, 14 orang terbunuh apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan bas yang lain di Km63, Jalan Lipis – Merapoh berhampiran sempadan Pahang – Kelantan. Bila lalu belah malam memang sunyi dan gelap.

#8 Simpang Pulai Cameron Highland


20160808150840298.jpg

Sumber: Google Images

Pada 20 Disember, 2010, tragedi kemalangan yang berlaku di KM15 Jalan Cameron Highland – Simpang Pulai meragut nyawa 25 warga Thailand yang telah bercuti di resort bukit di Cameron Highland. Katanya selepas kejadian ada kelibat berlegar di kawasan tersebut.


Tonton kisah Ghaz Abu Bakar Yang Pernah “Diikut” Selepas Balik Dari Penggambaran Di Kubur

VIDEO:



Diharapkan posting ini dapat memberikan kesedaran pada para pembaca tentang hakikat kemalangan jalan raya. Ada juga juga kes yang saya temui mangsa kemalangan jalan raya yang terselamat mula mendapat gangguan jin atau menjadi punca utama gangguan jin bermula dalam hidup seseorang. Wallahuaklam

sumber:  wanista, ilmuhaq, sinarharian

Edited by:  celotehsaje

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post