Ini Cara hukum sebatan undang-undang syariah. Mcm ni punya sebat pun ada yg kata kejam
Ini Cara hukum sebatan undang-undang syariah. Mcm ni punya sebat pun ada yg kata kejam |
‘Banyak Lagi Cara..’ – KJ Tak Setuju Les bian Disebat Di Khalayak Ramai. Ini sebabnya
Hari ini, satu pasangan lesbian disebat gara-gara melakukan hubungan sejenis di dalam kereta pada April lalu di Dataran Arena Square, Dungun. Tertuduh yang ditangkap telah menerima sebatan sebanyak 6 kali dihadapan 100 orang termasuk ahli keluarga mereka.
Terbaru, menerusi tweet Khairy Jamaluddin, beliau kurang setuju dengan tindakan yang dikenakan dan menganggap sebatan di khayalak ramai itu tidak wajar.
ARTIKEL MENARIK:
Banyak lagi cara lain
Banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT. Walaupun termaktub dalam undang2, tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai. Islam teaches us to look after the dignity of every human being. And that mercy is preferable to punishment.
Sebelum ini pelaksanaan hukuman sebat oleh kerajaan Terengganu itu menerima kecaman beberapa kumpulan aktivis wanita tempatan dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang merasakan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang dan ‘mengerikan’.
Terbaru, Khairy Jamaluddin juga merasakan tindakan yang dikenakan itu boleh menjatuhkan maruah seseorang. Namun, pendapatnya itu juga menerima kritikan orang ramai.
Itu Islam yang suruh buat
Hukuman diberi sebagai pengajaran buat semua
Sumber : Khairy Jamaluddin
Sumber utama:ohbulan
Pasangan les bian ini sebak menangis teresak2 seketika pada sebatan ketiga. Ini puncanya
KELIBAT pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.
Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitkan kesalahan seumpamanya dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.
Namun apabila hukuman telah dijalankan, barulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.
Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.
Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.
Dua wanita itu dihukum sebat enam kali hari ini kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.
Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.
Beberapa pihak turut terlibat dalam pelaksanaan hukuman itu, iaitu pegawai perubatan, pegawai penjara dan juga kakitangan mahkamah.
Selepas Hakim Syarie memberi kebenaran pelaksanaan hukuman, pegawai penjara memanggil nama tertuduh dan kemudiannya tertuduh di bawa ke hadapan pegawai penjara untuk mengesahkan identiti mereka seperti dalam rekod. Pegawai penjara juga bertanya kepada kedua-dua tertuduh, yang berbaju kurung dan bertudung putih, sama ada mereka ingin mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.
Selepas pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan tertuduh dan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat, tertuduh dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di atas kerusi membelakangi mereka yang berada di galeri awam.
Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan manakala pegawai penjara yang melaksanakan hukuman berdiri di sebelah kiri.
Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh bermula 10.10 pagi dan secara berturut-turut dalam tempoh tidak sampai 3 minit setiap seorang.
Hukum sebatan undang-undang syariah …
*Mcm ni punya sebat pon ada yg kata kejam …
VIDEO:
Hukum sebatan undang-undang syariah … *Mcm ni punya sebat pon ada yg kata kejam …
Posted by Lubok Cerita Express on Monday, 3 September 2018
Kredit : Express Viral
Post a Comment