Halimah persoal SPRM tahan bekas ADUN ketika tempoh PRK

Halimah persoal SPRM tahan bekas ADUN ketika tempoh PRK

SHAH ALAM – Calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr.Halimah Ali mempertikaikan penahanan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Halimah persoal SPRM tahan bekas ADUN ketika tempoh PRK
Halimah persoal SPRM tahan bekas ADUN ketika tempoh PRK

Halimah berkata, pihaknya terkejut dengan penahanan itu dan pada masa sama mempersoalkan mengapa penahanan itu dilakukan sekarang dalam tempoh berlangsungnya PRK DUN Seri Setia.

Bagaimanapun jelas Halimah, beliau berharap pihak yang bertanggungjawab itu dapat menjalankan tugas dengan profesional dan baik.

ARTIKEL MENARIK: Kes Guan Eng, MP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh juga terkejut dengan SPRM. Ini sebabnya


“Individu yang ditahan ini perlu diberi peluang untuk membela diri dan semestinya kita(parti) mahu sesiapa sahaja yang disyaki disiasat dengan telus dan baik, bukannya tekanan mana-mana pihak.

“Pas sentiasa konsisten iaitu yang mana benar tetap benar dan salah tetap salah. Namun, kita berharap perkara ini tidak dipolitikkan kerana ada isu yang lebih besar melibatkan orang lebih besar.

“Kami tidak mempunyai masalah walaupun merupakan rakan sejawat. Malah, dia ada hak dan belum disabit bersalah sehingga didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui proses pengundian awal Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.


Semalam, SPRM menahan seorang bekas ADUN Selangor bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000.

ADUN wanita berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, bekas ADUN tersebut dipercayai telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat DUN yang mana syarikat tersebut merupakan syarikat milik anaknya.-UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post