Ditikam gara-gara bunyikan hon kereta – Johor Bahru

Ditikam gara-gara bunyikan hon kereta – Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Gara-gara membunyikan hon kereta, seorang pegawai pemasaran cedera ditikam dua lelaki dalam satu kejadian di bandar raya ini, Ahad lepas .

Ditikam gara-gara bunyikan hon kereta – Johor Bahru
Ditikam gara-gara bunyikan hon kereta – Johor Bahru

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian kira-kira jam 4 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun itu memandu di Jalan Dato Abdullah Tahir.

Beliau berkata sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki dua suspek lelaki, tiba-tiba keluar dari bahu jalan terus memasuki ke laluan hadapan kereta yang dipandu mangsa menyebabkan dia terus membunyikan hon.

ARTIKEL MENARIK: Gadis Cantik Dan Unik Ini Dilamar 100 Lelaki Dalam Sekelip Mata Dan Ada Yang Meletakkan Hantaran Kahwin Harga Tinggi


“Berang dengan tindakan mangsa yang membunyikan hon, suspek memberhentikan kereta dan terus keluar menuju ke kereta mangsa dan memaksanya keluar.

“Sejurus kemudian, suspek mengeluarkan pisau lipat dan menikam mangsa di bahagian perut, tangan dan beberapa anggota badan lain berkali-kali manakala seorang lagi bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka sebanyak tiga kali,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Shahurinain berkata, mangsa cedera di lengan sebelah kiri, luka di bahagian perut, badan dan sakit di bahagian kepala.

Beliau meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan atau di mana–mana balai polis berhampiran.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – Bernama.

Sumber : sinarharian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post