Empat suspek berusia 15 hingga 20 tahun yang dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah reman di Mahkamah Kangar, Kangar, Perlis hari ini.
Digilir Empat Lelaki. Perkenalan Menerusi Whatsapp Bawa Padah Kepada Budak Perempuan 10 Tahun |
ARAU - Perkenalan dan perhubungan menerusi aplikasi WhatsApp selama kira-kira empat bulan lalu dengan seorang remaja lelaki akhirnya akhirnya membawa padah kepada seorang pelajar perempuan tahun empat apabila dipercayai dirogol pada 2 September lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa yang berusia 10 tahun dan menetap di Padang Besar dekat sini itu telah dirogol di sebuah rumah di Taman Bersatu di sini oleh empat suspek lelaki yang berusia 15 hingga 20 tahun.
ARTIKEL MENARIK: Jangan Kaitkan Bangsa Dan Agama. Lelaki Ini Jelaskan 2 Lelaki Yang Bu nuh Kucing Dalam Mesin Dobi Adalah
"Siasatan awal mendapati, mangsa telah keluar bersama tiga suspek lain dengan menaiki motosikal ke rumah berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi.
"Di rumah itu terdapat seorang lagi suspek. Mangsa kemudian melakukan hubungan seks bersama empat lelaki itu secara bergilir-gilir di dalam sebuah bilik.
"Mangsa lewat membuat laporan polis kerana ingin menyembunyikan perkara itu namun guru sekolahnya berjaya menghidu kejadian itu.
"Guru berkenaan bertindak menghubungi ibu bapa mangsa setelah dia mengaku melakukan perbuatan itu," kata Nanda ketika dihubungi hari ini.
Mangsa telah membuat laporan polis semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Nanda berkata, semua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 19 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
"Mangsa mula mengenali salah seorang suspek tersebut pada Mei lalu melalui aplikasi WhatsApp.
"Kemudian mangsa mula mengenali seorang lagi suspek menerusi rakan yang dikenali melalui WhatsApp itu. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan tidak mengenali dua suspek lain," katanya.
Polis masih menunggu hasil pemeriksaan perubatan mangsa oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dekat sini berhubung kejadian rogol itu.
Sumber: Kosmo Online
Post a Comment