Budak lelaki strok selepas keracunan makanan di resort taraf 5 bintang
Budak lelaki strok selepas keracunan makanan di resort taraf 5 bintang |
SEORANG kanak-kanak dari Britain bergelut dengan maut selepas mengalami keracunan makanan ketika menikmati percutian di Mesir.
Kejadian itu menyebabkan dia mengalami beberapa penyakit serius yang lain.
Luay Mohammed, 7, terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi lebih tiga minggu kerana mengalami beberapa komplikasi termasuk sepsis dan strok selepas dijangkiti salmonela.
ARTIKEL MENARIK: Kopi Viral Dicampurkan Serbuk Bateri Terpakai Serta Abu Batu-Bata
Kanak-kanak tersebut jatuh sakit di resort bertaraf lima bintang, Tia Heights di Teluk Makadi, Hurghada.
Keadaan kesihatan Luay semakin merosot di rumahnya dan dikejarkan ke hospital.
Pada Khamis, Luay mengalami sawan dan strok.
Pemandangan di resort Tia Heights yang terletak di Hurghada, Mesir.
Ibunya, Fathia Obayd berkata: “Ia sangat menakutkan. Saya sangka kami akan kehilangannya.”
Keadaan Luay kini kritikal, namun stabil dan dilaporkan sedang menunggu keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) serta ujian spina bagi membantu doktor mengenal pasti sebarang masalah kesihatan jangka panjang.
Luay juga masih mendapatkan rawatan bagi merawat kegagalan paru-paru.
Tambah Fathia: “Saya berasa marah kerana semua ini berpunca daripada keracunan makanan.
“Luay hanya budak kecil. Dia akan berada di hospital buat sementara waktu, tapi dia kuat melawan penyakit ini.”
Ibu berusia 30 tahun itu mengongsikan gambar anaknya untuk memberikan peringatan kepada ibu bapa lain. – Mirror UK
Penyebab dan cara mengelakkan keracunan makanan
Apakah yang dimaksudkan dengan keracunan makanan?
Keracunan makanan
Keracunan makanan merupakan satu serangan pada gastrousus akibat daripada pegambilan makanan yang telah dicemari oleh bakteria, patogen atau bahan kimia. Antara keracunan makanan yang biasa berlaku ialah akibat jangkitan bakteria salmonella, staphylococcus aureus, clostridium welchi, clostridium batulium dan keracunan kimia.
Bagaimana Makanan boleh tercemar?
Bagaimana Makanan boleh tercemar?
Makanan boleh dicemari apabila keadaan-keaadan ini terjadi:
Apakah tanda atau gejala keracunan makanan?
Seseorang itu menghadapi masalah keracunan makanan apabila tanda-tanda atau gejala tersebut dikesan:
Maut Keracunan Makanan
Maut Keracunan Makanan – Sumber Kosmo
Pesakit keracunan makanan biasanya akan mengalami tanda-tanda tersebut dalam masa 2-72 jam selepas makan atau minum. ini adalah kera ia tergantung kepada tahap pencemaran makanan atau minuman yang diambil dan juga tahap daya tahan tubuh seseorang. Tempoh sakit bagi pesakit keracunan makanan boleh menjangkau beberapa jam malahan berhari-hari.
Langkah pencegahan keracunan makanan.
Menggunakan deria
Deria Penglihatan – Apabila sesuatu makanan kelihatan berlendir, berbuih, berkulat, berubah warna dah telah tamat tarikh luput, makan makanan tersebut sudah tercemar.
Deria Bau – Apabila bau yang terdapat pada makanan itu tidak menyenangkan dan tidak berbau seperti bau lazim makanan tersebut, kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dan adalah lebih baik makanan tersebut dibuangkan sahaja.
Deria Rasa – Sekiranya sesuatu makanan tersebut kelihatan masih baik dan bau juga baik, periksa pula rasa makanan tersebut. sekiranya terdapat rasa yang kurang enak, hentikan makan makanan tersebut dan buang makanan tersebut.
PASTIKAN kerosakan makanan ini dilaporkan kepada tukang masak bagi mengelakkan orang lain terkena keracunan makanan.
2. Memilih makanan
Pastikan memilih makanan yang dibungkus dengan pembungkus yang bersih.
3. Cuci tangan dengan bersih
Amalkan teknik basuhan tangan yang betul dalam keadaan tersebut:
Sebelum memegang makanan
Selepas keluar dari tandas
Selepas bermain
Selepas memegang kotoran atau barang tercemar
Selepas memegang haiwan
sumber : http://kursuspengendalianmakanan.com
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment