Bila BERSATU PD sudah terguris, ini amaran keras mereka kepada Rafizi dan Abdullah Sani

Bila BERSATU PD sudah terguris, ini amaran keras mereka kepada Rafizi dan Abdullah Sani

Bila BERSATU PD sudah terguris, ini amaran keras mereka kepada Rafizi dan Abdullah Sani

Bila BERSATU PD sudah terguris, ini amaran keras mereka kepada Rafizi dan Abdullah Sani
Bila BERSATU PD sudah terguris, ini amaran keras mereka kepada Rafizi dan Abdullah Sani

PRK PD l BERSATU Bahagian Port Dickson menolak kehadiran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid daripada turun berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen itu tidak lama lagi, lapor media tempatan.

Penyelaras BERSATU bahagian itu, Ramli Awang, dipetik BH Online berkata bahawa kedua-dua pemimpin PKR itu telah disenaraihitamkan.

ARTIKEL MENARIK: ‘Cakap tu fikirlah panjang-panjang, umur dah lanjut’ – MB Perak




Ramli mendakwa pihaknya tidak dapat menjamin sokongan lebih 2,000 ahli parti di kawasan berkenaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika kedua-duanya masih berdegil untuk berkempen.

“Kami mengalu-alukan Ketua Umum PKR (Anwar) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tidak lama lagi, namun Rafizi dan Abdullah Sani tidak perlu datang berkempen di sini.

Image result for rafizi abdullah sani


“Kami tiada masalah dengan PKR tetapi amat terkesan dengan dua individu ini yang kerap membuat tuduhan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin mahu menjatuhkan Anwar secara tidak bermaruah.

“Oleh itu, kehadiran kedua-dua mereka hanya akan memburukkan keadaan kerana sebahagian ahli BERSATU sudah terguris hati dengan tuduhan terhadap pemimpin kami selama ini,” katanya yang dipetik portal itu..

Ahli BERSATU terguris

Dalam laporan itu, bagaimanapun Ramli memberi jaminan BERSATU Port Dickson akan membantu kempen Anwar yang menjadi calon PKR.

“Pada dasarnya, sebagai parti komponen HARAPAN, kami akan membantu PKR untuk mengekalkan kerusi itu yang dimenangi sejak tiga penggal lalu,” jelasnya.


Rabu lalu, Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan mengosongkan kerusi Port Dickson bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil dan seterusnya ke parlimen.

Danyal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti 17,710 undi pada pilihan raya umum ke-14 dengan memperoleh 36,225 undi berbanding 18,515 undi (BN) dan 6,594 undi (PAS).

Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post