Bila Anwar Ibrahim Akan Jadi Perdana Menteri Menggantikan Tun M. Ini Ulasan Dari Muhyiddin Yassin Bahawa Dia Kenal Anwar Dan Ini Caranya

Bila Anwar Ibrahim Akan Jadi Perdana Menteri Menggantikan Tun M. Ini Ulasan Dari Muhyiddin Yassin Bahawa Dia Kenal Anwar Dan Ini Caranya

Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan terburu-buru mahu menjadi perdana menteri sehingga tergamak mendesak penyandang sekarang berundur.

Bila Anwar Ibrahim Akan Jadi Perdana Menteri Menggantikan Tun M. Ini Ulasan Dari Muhyiddin Yassin Bahawa Dia Kenal Anwar Dan Ini Caranya
Bila Anwar Ibrahim Akan Jadi Perdana Menteri Menggantikan Tun M. Ini Ulasan Dari Muhyiddin Yassin Bahawa Dia Kenal Anwar Dan Ini Caranya

Kata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu beliau yakin Anwar akan tetap menghormati kemampuan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Menurut Muhyiddin ketika ini ada terlalu banyak masalah negara yang perlu diselesaikan oleh Dr Mahathir. Malah katanya jika mahu disenaraikan tugas yang perlu diselesaikan itu boleh mencecah ratusan jumlahnya.

ARTIKEL MENARIK: Rafizi bongkar Azmin ‘serang’ Anwar ketika di Turki


“Tapi bagi saya, selagi hubungan antara pimpinan baik, saya tak nampak akan ada perebutan kuasa,” katanya.

Muhyiddin ditemui Malaysiakini pada sesi wawancara khas di kediamannya di Kuala Lumpur semalam. Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah wakil Sinar Harian.
Anwar asalnya dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk diangkat menjadi perdana menteri Malaysia jika pakatan pembangkang – ketika itu – berjaya mengalahkan BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Bagaimanapun dengan penubuhan BERSATU dan kemasukan parti itu menyertai HARAPAN – ditambah pula faktor Anwar masih dipenjara – gabungan terbabit sepakat menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Keadaan mesti kukuh

Anwar pula akan dinaikkan sebagai perdana menteri kelapan bagi menggantikan Dr Mahathir. Namun setakat ini tiada tarikh jelas atau muktamad bila peralihan kuasa itu akan berlangsung.

Untuk membolehkan ia berlaku Anwar terlebih dahulu perlu dibawa ke Dewan Rakyat sebagai anggota parlimen. Ia dijangka akan berlaku selewat-lewatnya Oktober ini melalui pilihan raya kecil.

Pada masa sama sesetengah pihak berasa curiga peralihan kuasa itu akan berlaku, terutama apabila mengambil kira sejarah hubungan Anwar dan Dr Mahathir kira-kira 20 tahun lalu.

Kata Muhyiddin kata sepakat yang dicapai pemimpin tertinggi HARAPAN sebelum PRU ke-14 lalu masih kekal dan tidak ada sebarang pertikaian mengenainya.

Beliau juga mengakui Anwar mempunyai ciri-ciri yang layak untuk menjadi perdana menteri.
“Saya rapat dengan beliau sebagai rakan lama,” katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, semua orang juga tahu Anwar memiliki banyak pengalaman dan akan dijadikan perdana menteri apabila tiba masanya nanti.

“Saya harap proses peralihan berjalan dengan cukup teratur sebab apabila transisi itu berlaku pada masa yang sesuai, keadaannya mesti lebih kukuh.

“Selagi Dr Mahathir masih sihat, boleh jalankan tugas, saya tak fikir Anwar akan berkata: turun sekarang, saya nak ambil alih,” katanya. SUMBER : MALAYSIA KINI



‘Dr. M dah janji, jangan rebut jawatan PM daripada saya’ – Anwar

1.jpg


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku bahawa satu kerusi parlimen akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Ya ada dua atau tiga kerusi dalam senarai (untuk dikosongkan) tetapi saya tidak tahu yang mana satu…tunggu sehingga diumunkan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis bersama penyokong PKR di sebuah hotel di Kuching petang ini.

Anwar yang menang jawatan Presiden PKR tanpa bertanding sebelum ini mengetepikan kemungkinan akan bertanding kerusi Pandan yang kini dipegang oleh isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau kerusi Permatang Pauh, kerusi yang pernah beliau duduki dan kini dipegang anak beliau Nurul Izzah.

Mengenai perpaduan parti, Anwar tidak bersetuju dengan tanggapan pihak tertentu kononnya PKR kini perpecah kepada dua kumpulan menjelang pemilihan parti itu.
“Tidak ada dua kem, hanya satu kem iaitu kem Anwar,” katanya.

Terdahulu di dalam ucapannya Anwar mengingatkan pemimpin dan anggota PKR agar jangan menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan rasuah.

“Ini adalah amaran keras saya kerana selagi saya menjadi presiden PKR saya tidak akan bertolak ansur dengan amalan rasuah,” tambahnya.

Beliau berkata rakyat mengundi PKR pada pilihan raya umum lepas kerana prinsip perjuangan dan idealisme parti dan beliau menambah bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua pemimpin dan anggota untuk menjaga nama baik parti itu.

“PKR ada sebuah parti untuk semua…dan ingat semua pemimpin harus bersatu. Saya tidak akan buang anda kalau anda kalah dalam pemilihan parti ,” katanya.

1.png


Beliau berkata apa yang penting dalam pemilihan parti ialah memilih pemimpin yang terbaik tanpa mengira orang lama atau orang baharu dan tanpa mengira kaum, dan agama.

Sementara itu, Anwar meminta penyokong PKR supaya bersabar menunggu beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata rakyat perlu memberi peluang kepada Dr Mahathir untuk menyelesaikan banyak masalah negara, khususnya berkaitan kewangan.

Katanya, Dr Mahathir sudah berjanji akan melepaskan jawatan perdana menteri kepada beliau apabila sampai masanya dan sambil berseloroh beliau berkata: “Jangan pula ada orang lain yang rebut jawatan itu daripada saya.”

Turut berucap pada majlis itu ialah Nurul Izzah dan Anggota Parlimen Julau Larry Sng.

SUMBER : THE REPORTER

Kredit : Kualalumpur Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post