BATU PAHAT: Seramai 104 orang daripada 41 keluarga di sekitar Senggarang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh, Senggarang, yang dibuka sejak jam 7 malam tadi.
Banjir kilat: 104 mangsa di Batu Pahat dipindahkan |
Ia berikutan banjir selepas hujan lebat lebih empat jam melanda beberapa kawasan di Senggarang membabitkan Kampung Sungai Suloh, Sungai Suloh Besar, Sungai Ayam, Teluk Buloh, Minyak Beku dan Parit Bugis.
ARTIKEL MENARIK: ”Dr Maszlee Letak Jawatan Atau Kami Buat Bantahan Besar-Besaran” – Mahasiswa Malaysia
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, paras air banjir belum surut sepenuhnya berikutan hujan berterusan.
“Hujan dan pertembungan air laut pasang besar menyebabkan banjir berlaku sejak lewat petang semalam.
“APM bersama pelbagai agensi masih membuat pemantauan berterusan termasuk memindahkan penduduk jika keadaan hujan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin Abdul Rahim, berkata kejadian banjir kali ini berlaku selepas enam tahun lalu ia melanda kawasan berkenaan.
“Banjir kali ini agak buruk selepas beberapa jalan keluar masuk ke beberapa kampung terputus hubungan namun ia beransur surut pagi ini.
“Ada jambatan yang rosak akibat dihakis air banjir malah banjir kali ini membawa air lumpur.
“Namun keadaan hujan yang berterusan pagi ini meningkatkan kebimbangan banjir akan berterusan, ” katanya ketika melawat PPS SK Sungai Suloh.
“Namun keadaan hujan yang berterusan pagi ini meningkatkan kebimbangan banjir akan berterusan, ” katanya ketika melawat PPS SK Sungai Suloh.
Post a Comment