Anak tiri kepada penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid telah mengalamai kemalangan kecil apabila kereta kesayangannya dilanggar lori baru-baru ini.
Asyraf Khalid Kemalangan, Anggap Kurang Mengingati Tuhan Sebagai Punca, Semoga Semuanya Dipermudahkan! |
Perkara tersebut dikongsi di akaun Instagram miliknya semalam.
Asyraf menyifatkan musibah tersebut sebagai peringatan dari tuhan terhadap dirinya.
“Baru-baru ini saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan kami tidak sempat untuk mengambil nombor plat lori tersebut kerana ia berlalu pergi dengan cepat.
ARTIKEL MENARIK: Ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita Kongsikan Petua Hilangkan Batuk Yang Berpanjangan. Bahan Yang Sangat Mudah
“Apabila saya diuji, perkara pertama saya fikir adalah ujian ini datang dari Allah mungkin kerana saya lalai mengingati-Nya atau mungkin saya tidak menjaga waktu solat saya.
“Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan berada di jalan yang lurus, insya-Allah perbuatan kita akan diredai oleh-Nya dan dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Asyraf menjelaskan dia tidak mempunyai ilmu agama yang tinggi seperti ustaz atau ‘scholar’ namun hanya ingin berkongsi perkara baik bersama pengikutnya.
Sumber: Gempak
Asyraf Khalid, anak tiri Siti Nurhaliza terima amaran kerana Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: Anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berterima kasih kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas keberanian beliau bersikap lebih terbuka.
Asyraf yang memberikan komen di bawah kenyataan Syed Saddiq berhubung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes semalam, mendedahkan keluarganya juga pernah menerima beberapa gangguan daripada kerajaan sebelum ini.
Asyraf mendakwa sebelum ini dia pernah menerima amaran selepas dia memuat naik gambarnya bersama Syed Saddiq.
Dia diminta untuk tidak berbuat demikian kerana tindakannya itu dianggap sebagai satu tanda sokongan secara terbuka kepada Ketua Pemuda Bersatu itu.
“Kita berada di dunia yang tidak bebas melakukan sebarangan termasuk membuat posting di Instagram,” katanya.
Bagaimanapun, Asyraf kini gembira atas perubahan baharu yang berlaku dan berharap keadaan akan kekal selamanya.
“Saya mahu lihat Malaysia terus maju,” katanya.
Kredit Gambar: Instagram Syed Saddiq
Semalam, Syed Saddiq menggesa orang ramai supaya berhenti mengecam dan melabel Tony Fernandes sebagai seorang pengkhianat.
Kata beliau, Tony telah didesak untuk melakukan sokongan terbuka kepada kerajaan sebelum ini.
Menurut Syed Saddiq, beliau berjanji era kerajaan baharu ini akan memastikan rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memberi kritikan secara terbuka kepada kerajaan.
Sumber: AstroAwani
Post a Comment