Aceh larang wanita, lelaki bukan mahram makan bersama

Aceh larang wanita, lelaki bukan mahram makan bersama

BANDA ACEH, INDONESIA – Lelaki dan wanita di daerah ini dilarang makan bersama kecuali mereka sudah berkahwin ataupun mempunyai hubungan keluarga.

Aceh larang wanita, lelaki bukan mahram makan bersama
Aceh larang wanita, lelaki bukan mahram makan bersama

Menurut ketua agensi syariah tempatan, langkah itu diambil bagi membantu wanita menjaga perilaku mereka.

Larangan turut berkuat kuasa kepada kakitangan tempat kerja berlainan jantina yang melarang mereka berkongsi makanan sewaktu rehat tengah hari.

ARTIKEL MENARIK: Isteri ‘tibai’ suami atas pentas depan orang ramai secara live


“Objektifnya adalah untuk melindungi maruah wanita supaya mereka lebih selesa, berkelakuan baik dan tidak melakukan sesuatu yang melanggar syariah undang-undang Islam,” katanya.

Bahagian lain dalam larangan ditandatangani ketua daerah hari ini turut menyatakan wanita yang berseorangan atau tidak ditemani ahli keluarga tidak boleh dilayan di restoran atau kafe selepas jam 9 malam.

Pihak berkuasa berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada pengusaha untuk menguatkuasakan peraturan meskipun pesalah tidak akan dihukum.


Tiga tahun lalu, Banda Aceh melarang wanita yang tidak berteman daripada mengunjungi tempat hiburan seperti kafe dan dewan sukan selepas jam 11 malam.

Pada 2013, bandar Lhokseumawe di utara Sumatera pernah mengeluarkan arahan supaya wanita duduk di bahagian tepi dengan kaki bersilang ketika membonceng motosikal. – AFP

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post